Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

8 wanita maut selepas bas bertembung di lebuh raya PLUS

 | October 24, 2017

Ia melibatkan 2 bas kilang dan sebuah van membawa kira-kira 40 penumpang.

bas-eksidenBUKIT MERTAJAM: Lapan pekerja maut selepas dua bas dan sebuah van kilang membawa kira-kira 40 penumpang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 147 (KM147) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala berdekatan Plaza Tol Juru di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kemalangan di hadapan Institut Teknikal Malaysia-Jepun itu dipercayai berlaku selepas sebuah daripada kenderaan itu dikatakan hilang kawalan dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi ini.

bas-eksiden1“Enam mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala 2 lagi maut dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ). Semua yang maut adalah wanita.

“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, 32 mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan Sungai Bakap untuk rawatan lanjut.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments