Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bajet 2018: MTEM saran kerajaan laksana cukai kekayaan, warisan

 | October 24, 2017

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu menyarankan kerajaan memperkenalkan 2 cukai baharu itu dalam usaha menggalakkan pengagihan kekayaan dengan lebih adil dan saksama.

Ahmad Yazid Othman (kiri) dan Azlan Awang memberi beberapa cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam Bajet 2018.

Ahmad Yazid Othman (kiri) dan Azlan Awang mengemukakan 5 cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam Bajet 2018.

KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyarankan kerajaan memperkenalkan cukai kekayaan dan warisan menerusi pembentangan Bajet 2018, Jumaat ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Yazid Othman berkata, cukai itu mampu menggalakkan pengagihan kekayaan dengan lebih adil dan saksama.

Katanya, cadangan memperkenalkan cukai kekayaan itu bukan bertujuan menyerang golongan kaya, sebaliknya ia disebabkan keadaan ekonomi mencabar dan isu ketaksamaan ekonomi di negara ini.

“Kita kena fikir tentang agihan kekayaan adil dan saksama yang memberi kesan kepada semua pihak.

“Salah satu yang kami cadangkan ialah mencukai orang yang boleh dicukai dan takkan papa kedana kalau dicukai.

“Dan mereka juga mendapat satu kesan secara tak langsung…apabila golongan berpendapatan rendah, mereka akan terus maju kerana dapat berbelanja kepada industri-industri,” katanya pada sidang media hari ini.

Felo kanan MTEM, Azlan Awang berkata, cukai warisan pula boleh dikutip daripada individu yang mewariskan kekayaannya kepada generasi seterusnya.

“Di barat, orang kaya sentiasa kaya sebab dia punya kekayaan apabila dia mati, dia wariskan kepada anak-anak. Jadi, kerajaan boleh ambil (cukai) sikit.

“Kerajaan perlu fikirkan bagaimana boleh ambil untuk dapat pendapatan bantu rakyat.”

Yazid turut menggesa kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji minimum sehingga RM1,500, pengecualian cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk sektor pertanian serta makanan seperti baja dan racun, memperketatkan kemasukan pekerja asing dan mengkaji semula dasar pelaburan asing dalam Bajet 2018.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments