Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bersih mahu kerajaan dedahkan kos delegasi bertemu Trump

 | October 24, 2017

Lawatan itu berprofil tinggi dan kosnya tidak perlu disorok, kata Maria Chin.

maria-delegasi

PETALING JAYA: Gabungan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 mahu kerajaan mendedahkan perbelanjaan delegasi Malaysia diketuai Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) pada bulan lalu.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata segala kos melibatkan lawatan berprofil tinggi seperti itu tidak seharusnya disorok.

“Kerajaan perlu melaporkan kepada rakyat secara telus terutama mengenai lawatan ke Amerika Syarikat yang dilihat sebagai berprofil tinggi,” katanya kepada FMT.

Najib dan delegasi dari Malaysia berkunjung ke AS pada 11 hingga 13 September, di mana beliau turut mengadakan perjumpaan dengan Presiden Donald Trump.

Delegasi Najib itu dilaporkan menginap di sebuah hotel milik Trump di Washington berdekatan dengan White House, menimbulkan kritikan beberapa media AS.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat menolak permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk mendapatkan kos penginapan delegasi Malaysia di Hotel Trump International.

Rombongan Najib itu bagi mempromosi hubungan perdagangan dua hala serta memperkukuhkan kepentingan ekonomi bersama antara AS dan Malaysia, dan menyaksikan Malaysia bersedia membeli pesawat di samping pelaburan infrastuktur berbilion dolar.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesahkan tiada perjanjian dimeterai daripada kunjungan itu.

Sebaliknya, ia dilakukan untuk meningkatkan profil dan persepsi positif terhadap Malaysia sebagai rakan dagang dan pelaburan AS, katanya.

Maria meminta Mustapa menjelaskan imej yang ingin diperbaiki dan ditonjolkan kepada AS.

“Adakah ia mewajarkan delegasi dari Kerajaan Persekutuan bersama Najib ke AS demi mengangkat martabat kita. Imej apa pula yang kita sedang cuba perbaiki?” soalnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments