Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Orang Asli dakwa diperdaya lepaskan tanah di Cameron Highlands

 | October 24, 2017

Mudah untuk menakutkan penduduk Orang Asli dengan hanya berbekalkan dokumen, kata aktivis PSM.

Penduduk Orang Asli Cameron Highlands, Ismail Garak (kanan) bersama aktivis PSM, B Suresh dan Yoga Tasan Ramis.

Penduduk Orang Asli Cameron Highlands, Ismail Garak (kanan) bersama aktivis PSM, B Suresh dan Yoga Tasan Ramis.

 

CAMERON HIGHLANDS: Seorang Orang Asli daripada suku Semai di sini mendakwa seramai 5 guru sebuah sekolah berhampiran kampungnya memperdaya komunitinya supaya menjual 2.4 hektar tanah yang dilindungi di Kampung Tiga, Pos Terisu.

Dakwaan itu dibuat Ismail Garak, seorang pengawal keselamatan, dan disokong setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands, B Suresh.

Suresh memberitahu FMT, guru terbabit membina ladang di sebahagian tanah yang dibeli dan menyewakan sebahagian lagi kepada penduduk Cameron Highlands.

Menurutnya, guru terbabit bagaimanapun dipindahkan ke sekolah lain kerana masalah disiplin.

Beliau berkata, mereka meyakinkan Tok Batin, Yusof Din supaya menandatangani kontrak penjualan tanah itu.

Yusof, yang adik perempuannya berkahwin dengan Ismail, meninggal dunia 2 tahun lalu.

“Apabila anda bertemu Orang Asli dengan membawa dokumen, sangat mudah menakutkan mereka untuk menandatangani apa-apa sahaja,” kata Suresh.

Suresh berkata penduduk Cameron Highlands sering menganggap Orang Asli hanya berminat dengan wang.

“Ia sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk menabur wang kepada Orang Asli supaya mereka keluar dari situ,” katanya.

Selepas Yusof meninggal, Ismail dan isterinya membuat laporan polis dalam usaha membatalkan kontrak tersebut.

Ismail berkata beliau dengan bantuan PSM cuba menghubungi penyewa di tanah itu, tetapi tidak berjaya.

“Polis tidak membantu kami dan lelaki yang menyewa tanah itu enggan berjumpa kami. Ketika kami ke rumahnya, dia melarikan diri,” katanya.

Baru-baru ini, suku kaum Semai mendakwa pegawai polis yang menyiasat kes berkenaan cuba membeli tanah untuk dirinya daripada guru terbabit.

Pegawai itu bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments