Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tiada perjanjian dengan AS, bukti omong kosong Najib, kata Raja Bahrin

 | October 24, 2017

Ahli parlimen Kuala Terengganu berkata lawatan itu hanyalah usaha Najib mengambil hati Trump setelah terpalit dengan siasatan DoJ melibatkan 1MDB.

raja-kamarul_najib_usa_600

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin berkata ketiadaan sebarang perjanjian semasa lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) September lalu jelas membuktikan hasrat negara menjalinkan kerjasama ekonomi dengan AS hanyalah omong kosong.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam yang mengesahkan tiada sebarang perjanjian pelaburan dimeterai dalam lawatan itu.

Katanya, lawatan delegasi kerajaan ke AS itu tidak lebih daripada usaha Najib ingin mengambil hati Presiden Donald Trump setelah dirinya terpalit dengan siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) melibatkan 1MDB.

“Saya terkejut dengan kenyataan (Mustapa) kerana saya mendengar sendiri video Najib menyatakan Malaysia ingin membantu ekonomi Amerika. Ini termasuk akan membuat pelaburan di AS bernilai lebih US$4 bilion melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional, serta puluhan bilion lagi bagi membeli pesawat Boeing dari AS.

“Sekarang, Mustapa berkata tidak ada perjanjian pelaburan dibuat. Adakah ia bermakna Najib hanya ingin mengambil hati Trump atas sebab tertentu tanpa benar-benar berupaya membuat pelaburan?

“Adakah ini ada kaitan dengan siasatan DoJ ke atas kes 1MDB? Bukankah ini akan merosakkan nama baik Malaysia? Tawaran pelaburan Malaysia merupakan jenaka besar yang menyedihkan.

“Adakah ini juga menunjukkan pelawaan pelaburan Najib tidak laku kerana ‘berisiko tinggi’?” soalnya semasa sidang media di Parlimen hari ini.

Semalam, Mustapa berkata lawatan kerja dari 11 hingga 13 September itu untuk meningkatkan profil dan persepsi positif terhadap Malaysia sebagai rakan dagang dan pelaburan AS.

Dalam perkembangan sama, Kamarul berkata perbelanjaan dana rakyat yang besar untuk lawatan tersebut langsung tidak memadai apabila kerajaan memaklumkan tujuan utama lawatan itu untuk meningkatkan profil semata-mata.

“Persoalan utama adalah kenapa rakyat Malaysia membayar penginapan mahal di hotel Trump International dan kos penerbangan yang mahal untuk sandiwara kosong yang sia-sia ini?

“Najib tidak dijemput secara rasmi kerana tiada sambutan permaidani merah dan hotel dibayar dengan duit rakyat Malaysia.

“Tidak hairanlah pertanyaan ketua pembangkang tentang perbelanjaan Najib ke Amerika yang sia-sia itu ditolak oleh speaker Parlimen pada hari pertama persidangan.

“Lawatan ini juga melibatkan bayaran lumayan pelobi yang mengatur temujanji tersebut.

“Inilah karenah perdana menteri Malaysia yang belanja besar mempromosikan diri sendiri tapi kepentigan rakyat terus diabaikan,” katanya.

MITI: Tiada pelaburan dalam lawatan Najib ke AS, hanya tingkat profil


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments