Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Rosmah seru rakyat mula bersukan pada usia muda

 | November 6, 2017

Usia muda waktu terbaik untuk bersukan kerana bersukan pada 65 tahun bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.

Rosmah (kanan) bersama Pengerusi Lembaga Pentadbir Bangunan Bakti Siti Hasmah Datuk Seri Aishah Ong (dua dari kiri) dan Pengarah Pusat Permata Kurnia Prof Hasnah Toran (dua dari kanan) di gimik pelancaran.

Rosmah (kanan) bersama Pengerusi Lembaga Pentadbir Bangunan Bakti Siti Hasmah Datuk Seri Aishah Ong (dua dari kiri) dan Pengarah Pusat Permata Kurnia Prof Hasnah Toran (dua dari kanan) di gimik pelancaran.

PETALING JAYA: Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kini giat mempersiapkan diri menyertai kejohanan badminton sempena program tahunan isteri-isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) seluruh Malaysia yang bakal berlangsung 21 November ini.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran laman web Rangkaian Maklumat Bagi OKU Malaysia (MIND) dan Permata Kurnia di Bangunan Bakti Siti Hasmah.

“Para hadirin sekalian, saya perlu minta maaf kerana lewat setengah jam kerana berlatih badminton pagi tadi dan pada umur ini saya beritahu anda, bukan senang untuk bermain badminton.

“Bagaimanapun saya terpaksa juga turun berlatih badminton kerana pada akhir bulan ini kita akan ada kejohanan badminton isteri wakil-wakil rakyat BN di mana kita akan bermain badminton dan boling,” katanya.

Kejohanan tahun ini merupakan kejohanan ke-2 yang beliau sertai. Rosmah berkata beliau perlu menunjukkan contoh yang baik walaupun umur mencecah 65 tahun.

“Siapa-siapa yang mahu main badminton, mulakan pada umur muda. Pada umur 65 tahun, ia bukan sesuuatu yang menyeronokkan lagi. Nak kena panaskan badanlah, nak kena sapu minyaklah, lepas itu macam-macam guard (pelapik), lepas itu dapatlah main sejam atau 45 minit lepas,” katanya.

Melaka akan menjadi tuan rumah, dan kejohanan itu akan mempertandngkan acara badminton dan boling. Rosmah dijangka berganding bahu dengan isteri presiden MCA, Datin Seri Lee Sun Loo di kejohanan itu nanti.

Rosmah terkenal dengan minatnya dalam sukan terutamanya sukan badminton, dan merupakan penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Beliau juga turut aktif menubuhkan program pembangunan badminton diperingkat akar umbi termasuklah program Tunas Juara Remaja bawah Badan Aman Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

Program itu diwujudkan bagi melahirkan bakat sukan badminton bertaraf antarabangsa.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments