Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

35 terperangkap di Bukit Bendera akibat tanah runtuh

 | November 7, 2017

Semua mangsa tidak dapat turun kerana laluan kereta api dan trek kenderaan ditutup berikutan kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

tren-bukit-bendera-tanah-runtuhGEORGE TOWN: Seramai 35 orang termasuk 2 kanak-kanak terdiri daripada penduduk dan pekerja di Bukit Bendera terperangkap di kawasan itu sejak Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata kesemua tidak dapat turun kerana laluan kereta api dan trek untuk kenderaan ditutup berikutan kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

“Mereka terperangkap sejak Sabtu lepas setelah hujan lebat dan angin kuat menyebabkan beberapa kawasan di Bukit Bendera berlaku tanah runtuh,” katanya hari ini.

Beliau berkata ketika ini pasukan penyelamat terdiri daripada bomba Pulau Pinang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis, dibantu Perbadanan Bukit Bendera yang sedang cuba membawa turun mangsa.

“Kami sedang cuba membawa mereka turun, berjalan kaki kerana semua akses kenderaan ditutup akibat tanah runtuh dan pihak ATM juga akan membuat pemantauan dengan helikopter bagi meninjau dari udara,” katanya.

Anuar berkata pihak ATM akan membantu membawa turun semua mangsa menggunakan helikopter sekiranya misi berjalan kaki gagal.

“Kami sentiasa berhubung dengan mangsa di atas Bukit Bendera dan ketika ini mereka semua dalam keadaan baik serta bekalan makanan masih mencukupi. Kami harap dapat membawa turun mangsa hari ini,” katanya.

Beliau berkata operasi menyelamat bermula 10.00 pagi ini dan difahamkan ia mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk pasukan penyelamat berjalan sampai ke kawasan atas Bukit Bendera.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 hingga 1 meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut 7 nyawa.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments