Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Zahid ulangi amaran jangan politikkan bantuan banjir

 | November 10, 2017

Timbalan perdana menteri berkata, kerjasama kerajaan negeri serta pusat seharusnya diterjemahkan dalam apa jua bentuk, di mana agensi kerajaan dan NGO segera ke lokasi banjir untuk membantu mangsa banjir.

VIDEO INSIDE

zahid-hamidi_penang_banjir_600

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini membidas sesetengah pihak mempolitikkan isu banjir dengan mendakwa kerajaan pusat lambat atau tidak menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang dan Kedah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Najib Razak, beliau serta agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) segera ke kawasan banjir untuk menghulurkan bantuan selepas dimaklumkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Agensi dan NGO yang memberikan bantuan turun segera ke lokasi-lokasi kejadian yang tiba lebih awal, apabila pemimpin berkenaan (Guan Eng) menelefon saya sendiri.

“Ertinya jangan jadikan seolah-olah kita mahu menuding jari kepada pihak lain dan kita tidak memperakui kelemahan diri sendiri.

“Sepatutnya perkara seperti ini, saya telah berikan amaran dari awal, jangan politikkan (isu banjir),” katanya pada majlis penyerahan sumbangan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pelepasan konvoi bantuan mangsa banjir Pulau Pinang dan Kedah, hari ini.

Ahad lalu, Zahid mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempolitikkan bantuan kerajaan persekutuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

Beliau berkata, kerajaan persekutuan komited membantu mangsa banjir biarpun negeri itu ditadbir parti pembangkang.

“Jangan politikkan isu bantuan ini kerana mangsa banjir tanpa mengira warna parti politik dan kaum, setiap daripada mereka harus dibantu, apatah lagi rakyat Malaysia yang prihatin membantu mangsa bencana di negara luar, tentunya keutamaan juga harus diberikan kepada rakyat kita yang menjadi mangsa,” katanya pada 5 November lalu.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan pusat seharusnya diterjemahkan dalam apa jua bentuk.

“Dan jangan memanipulasikan perkara-perkara yang begini (banjir) kerana kepentingan mangsa banjir dan rakyat keseluruhannya harus diberikan keutamaan.”

Zahid berkata, banjir kilat yang melanda Pulau Pinang hujung minggu lalu berpunca daripada pembangunan terlalu pesat.

“Ertinya apabila kelulusan sesuatu projek pembangunan melebihi apa yang sepatutnya, ianya telah mengakibatkan hakisan dan runtuhan.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments