Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Malaysia tewas 2 kali kepada Korea Utara dalam 3 hari

 | November 13, 2017

Malaysia tumpas 1-4 sekali lagi kepada Korea Utara dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019.

harimau-malaya-korea-utara-kalahBURIRAM: Kempen Malaysia pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 berakhir dengan keputusan memalukan apabila tumpas menerusi jaringan sama 1-4 kepada Korea Utara yang beraksi lebih mantap di Stadium i-mobile, malam ini.

Kekalahan tersebut adalah ke-2 buat Malaysia dalam tempoh 3 hari, selepas tumpas 1-4 kepada Korea Utara di stadium sama, Jumaat lepas.

Turun beraksi di bawah tekanan, ketua jurulatih Malaysia, Nelo Vingada membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama, dengan merehatkan beberapa pemain yang sering diturunkan di bangku simpanan, dan membariskan pemain muda dalam usaha mengelak berdepan satu lagi kekalahan.

Antara pemain yang direhatkan pada perlawanan malam ini adalah Fadhli Shas yang diberi tugas selaku ketua pasukan pada perlawanan Jumaat lepas, dan S Kunanlan yang masih mengalami kecederaan.

Safiq Rahim yang boleh beraksi pada perlawanan malam ini, selepas digantung 1 permainan ketika pertemuan dengan Hong Kong sebelum ini, juga diletakkan sebagai pemain simpanan, walaupun dijangka kembali memperkuatkan pasukan kebangsaan.

Malaysia bermula agresif di awal permainan sehingga memaksa Korea Utara memperkemaskan kawalan, namun sikap positif ditampilkan pemain negara tidak bertahan lama, sebaliknya anak buah Jorn Andersen kembali menguasai perlawanan.

Barisan pemain Korea Utara yang tinggi lampai dan memiliki fizikal lebih tegap, terus memberi tekanan kepada pemain Malaysia, dan menerusi sepakan sudut, Kim Yu Song menanduk masuk bola untuk meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-15.

Lima minit kemudian, Song menggandakan jaringan selepas menerima hantaran daripada sepakan sudut rakan sepasukan, dan menjaringkan gol ke-3 pada minit ke-44 untuk Korea Utara mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.

Menyedari mengalami kekalahan ke-7 sejak dilantik sebagai jurulatih skuad Malaysia pada Mei lalu, Vingada membuat beberapa pertukaran pada separuh masa ke-2 dengan memasukkan pemain lebih berpengalaman, Fadhli Shas dan Safiq serta pemain sayap, Safawi Rasid.

Kemasukan 3 pemain berkenaan tidak memberi banyak perubahan, dengan Korea Utara memperoleh gol ke-4 pada minit ke-78 menerusi Park Kwang Ryong, sebelum Safawi menghadiahkan gol sagu hati Malaysia pada minit ke-85.

Korea Utara kalahkan Malaysia 4-1


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments