Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Arab Saudi buka semula 6 pelabuhan Yaman untuk bantuan kemanusiaan

 | November 14, 2017

Langkah pertama membuka semula kemudahan itu dibuat dalam 24 jam, melibatkan pelabuhan Aden, Mukalla dan Mocha serta lapangan terbang Aden, Seiyun dan Socotra.

yemen-portPERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Pakatan tentera diterajui Arab Saudi akan membuka semula pelabuhan dan lapangan terbang di kawasan dikuasai kerajaan Yaman, namun kemudahan sama di lokasi dikuasai pemberontak termasuk pelabuhan utama Hudaidah, akan terus ditutup, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang diplomat Arab Saudi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.

Langkah pertama membuka semula kemudahan terbabit akan dibuat dalam 24 jam, melibatkan pelabuhan Aden, Mukalla dan Mocha serta lapangan terbang Aden, Seiyun dan Socotra, kata Abdallah Y Al-Mouallimi.

Bagi pelabuhan di Laut Merah iaitu Hudaidah, yang menjadi sumber penyelamat bagi penghantaran bantuan kemanusiaan, tidak akan dibuka semula melainkan satu pengesahan lebih ketat PBB dan mekanisme pemeriksaan diwujudkan, kata duta Arab Saudi itu kepada pemberita.

Pakatan tentera diterajui Arab Saudi itu, yang sedang menentang pemberontak Houthi di Yaman serta berusaha memulihkan kerajaan Presiden Abdrabbuh Mansur Hadi, telah meminta Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menghantar pakar ke Riyadh untuk membangunkan satu mekanisme pengesahan dan pemeriksaan lebih ketat dan berkesan bagi mencegah penyeludupan senjata dan bahagian-bahagian peluru berpandu dari luar negara menerusi pelabuhan dikuasai pemberontak.

Pakatan tentera diterajui Arab Saudi menyekat akses jalan darat, laut dan udara ke Yaman selepas Arab Saudi memintas satu peluru berpandu yang dilancarkan pemberontak Houthi ke arah Riyadh pada 4 November.

Penutupan pelabuhan itu bagaimanapun memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang sedia teruk di Yaman.

Ketua bantuan kemanusiaan PBB Mark Lowcock memberi amaran minggu lepas, negara itu kini berdepan ancaman kebuluran paling buruk sejak beberapa dekad lalu.

Seluruh penduduk Yaman bergantung kepada makanan, minyak dan perubatan yang diimport, khususnya melalui pelabuhan.

Lebih 17 juta rakyat Yaman, atau lebih 2/3 populasi sudah pun berdepan kekurangan makanan, kata Stephane Dujarric, jurucakap Guterres, semasa taklimat harian.

Tanpa import komoditi kritikal terbabit menerusi penarikan balik sekatan ke atas semua pelabuhan, termasuk Hudaidah dan Saleef, situasi akan bertambah buruk, kata Dujarric.

Sementara itu, Program Makanan Sedunia berkata stok beras sedia ada akan habis dalam tempoh 111 hari manakala stok gandum hanya mampu bertahan selama 97 hari lagi.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments