Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Cenbet: Cara berpakaian hak peribadi pekerja

 | November 14, 2017

Badan pemikir itu berkata selagi sesuatu pakaian tidak menghalang pekerja menjalankan tugas dengan berkesan, tidak ada sesiapa pun berhak mengharamkannya.

cenbet

PETALING JAYA: Sebuah badan pemikir berkata cara berpakaian adalah hak peribadi, selepas pendedahan beberapa hotel terkemuka secara sengaja menghalang pekerja bertudung daripada bertugas di “frontdesk”.

Centre For A Better Tomorrow (Cenbet) berkatatiada seorang pun perlu diberitahu apa yang perlu dipakai selagi ia tidak melanggar undang-undang.

Presiden Cenbet, Gan Ping Sieu berkata selagi pakaian itu tidak menghalang seorang pekerja menjalankan tugas mereka dengan berkesan, ia tidak boleh diharamkan.

Beliau berkata demikian mengulas larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan depan sektor perhotelan.

Katanya, hanya kerana peraturan itu diguna pakai sekian lama, ia tidak bermakna peraturan itu betul.

“Pengendali hotel tempatan dan pengurusan rangkaian hotel antarabangsa perlu lebih fleksibel dalam mengenakan kod pakaian kepada pekerja.

“Selain meminta ibu pejabat mereka mengetepikan larangan tersebut kerana industri perhotelan harus mencerminkan kepelbagaian dalam negara.

“Malah Islam merupakan agama rasmi negara ini dan tidak masuk akal mengharamkan pemakaian tudung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahad lalu, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dilaporkan berkata dasar larangan tersebut mungkin perlu diteliti bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang mempertahankan tindakan pengusaha hotel yang melarang pekerja wanita yang bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan.

Langkah itu dikatakan sebahagian daripada polisi antarabangsa dan bukannya diskriminasi.

Baru-baru ini Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia mendedahkan ramai kakitangan hotel mengadu mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam dengan diarahkan menanggalkan tudung mereka.

Sementara itu, Gan berkata campur tangan dalam soal pakaian turut dilakukan oleh pegawai kerajaan, dengan memberi contoh insiden wanita yang dilarang masuk ke pejabat kerajaan.

“Pegawai kerajaan ini cuba memaksa nilai mereka ke atas cara orang awam berpakaian, dan kelakuan mereka tidak ada beza dengan syarikat antarabangsa yang mengenakan kod pakaian tanpa mengambil kira sensitiviti tempatan,” katanya.

Larangan bertudung pekerja hotel barisan depan tidak adil, kata Umno


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments