Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Cukai pelancongan: Kerajaan pusat tak dapat beri 30% kepada Sarawak

 | November 14, 2017

Nazri Aziz berkata, kadar itu melebihi sumbangan cukai pelancongan daripada Sarawak.

Tourism, Nazri Aziz, MH370PETALING JAYA: Kerajaan pusat tidak dapat memulangkan 30% kutipan cukai pelancongan kepada Sarawak kerana kadar itu melebihi sumbangan cukai negeri berkenaan, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu dipetik Sin Chew Daily berjanji akan membahagikan kutipan cukai baharu itu secara sama rata.

Katanya, RM1 daripada RM10 kutipan cukai itu akan dibahagikan kepada semua negeri, termasuk Sarawak untuk galakan pembangunan dan promosi pelancongan.

“Baki RM9 akan dibahagikan mengikut keperluan bagi menjalankan promosi dan kegiatan khusus,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Alice Lau (DAP-Lanang) dan Oscar Ling (DAP-Sibu) mengenai pembahagian 30% cukai pelancongan kepada kerajaan Sarawak.

Lau ingin tahu berapa banyak yang sudah dipulangkan kepada kerajaan negeri itu daripada RM17,480 kutipan cukai pelancongan.

Pada 11 Ogos lalu, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menuntut pembahagian adil tidak kurang 30% daripada kutipan cukai berkenaan kepada negeri itu.

Beliau berkata, jumlah yang dikutip itu mesti dikongsi secara saksama oleh 3 wilayah, iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Cukai pelancongan mula dilaksanakan 1 September lalu dengan pelancong asing dikenakan caj RM10 setiap bilik bagi 1 malam.

Akhbar itu melaporkan sebanyak RM610,280 dikutip 4,671 hotel dan rumah penginapan yang berdaftar di seluruh negara dalam tempoh sebulan sejak cukai baharu itu dikuatkuasakan.

Pulau Pinang menjadi penyumbang terbesar dengan kutipan sebanyak RM241,460 diikuti Kuala Lumpur RM185,750.

 

Cukai pelancongan: Sarawak tuntut minimum 30%


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments