Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

DAP lulus projek cerun bukit 8 kali ganda berbanding BN, kata MIC

 | November 14, 2017

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan masih belum menerima laporan berkenaan wabak penyakit bawaan air susulan kejadian banjir.

subramaniam

BUTTERWORH: Jumlah projek cerun bukit diluluskan kerajaan DAP Pulau Pinang sejak mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008 adalah 8 kali ganda lebih tinggi berbanding semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum itu, kata Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam.

“Melalui apa yang kami bincang dalam jemaah menteri, kami diberitahu dalam jangka masa pendek kerajaan negeri DAP memerintah, jumlah perancangan di cerun bukit diluluskan mungkin 7 hingga 8 kali ganda daripada apa yang diluluskan kerajaan (BN) dulu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, satu daripada punca bencana banjir yang dikenal pasti adalah rancangan pembangunan diteruskan tanpa mengambil kira kerosakan terhadap alam sekitar dan keperluan untuk mengadakan perparitan yang sesuai, khususnya semasa membangunkan kawasan bukit dan cerun.

“Kesan daripada pembangunan itu penting kerana kerosakan alam sekitar akan mendatangkan pelbagai bencana alam,” katanya.

Kerajaan Pulau Pinang perlu mengambil iktibar daripada kejadian banjir besar melanda baru-baru ini memandangkan tahap bencana itu disifatkan berbeza daripada kejadian banjir sebelum ini, katanya kepada pemberita selepas beliau dan pemimpin MIC menyampaikan bantuan kepada 400 keluarga mangsa banjir di Bagan Dalam dan Perai.

Dr Subramaniam juga berkata sepanjang bencana alam itu melanda Pulau Pinang, perkhidmatan kesihatan diteruskan tanpa gangguan.

Menurutnya, walaupun terdapat beberapa klinik kesihatan di Seberang Perai dimasuki air, namun pesakit sempat dipindahkan tanpa sebarang masalah.

“Kementerian ada prosedur operasi standard (SOP) semasa banjir. Selain persediaan bahagian kecemasan, pasukan kesihatan akan pergi memberi bantuan di pusat pemindahan mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata kehadiran pegawai kesihatan di pusat pemindahan penting dalam usaha mengawal penularan penyakit berjangkit dan bagi memastikan keselamatan dan kebersihan bekalan air dan makanan untuk mangsa banjir.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan masih belum menerima laporan berkenaan wabak penyakit bawaan air susulan kejadian banjir.

“Kita minta semua penduduk di negeri (dilanda banjir) supaya meminum air masak dan makan makanan yang dimasak dengan air bersih bagi mengelak terdedah kepada wabak penyakit bawaan air,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments