Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Guan Eng kutuk dakwaan bantuan diberi kepada ahli PH

 | November 14, 2017

Ketua menteri itu tersinggung dengan laporan Utusan yang memetik pemimpin pembangkang Jahara Hamid dan minta bukti dikemukakan atas dakwaan itu.

lim-guang-eng-jahara-hamidGEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) hari ini menegur seorang pemimpin pembangkang kerana mengatakan mereka yang mahukan bantuan kemanusiaan banjir mestilah menjadi ahli parti Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu.

Katanya, beliau terlihat satu laporan Utusan Malaysia memetik ketua pembangkang negeri Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Ayer Tawar) yang secara jelasnya mengatakan perkara ini.

“Saya juga ingin mengutuk ketua pembangkang dan Adun Umno lain yang menyatakan bayaran ehsan sekali beri RM500 hanya akan dibayar kepada mereka yang menjadi ahli politik kepada parti Pakatan Harapan,” kata Lim.

“Anda boleh lihat bayaran Program Emas yang dibuat oleh kerajaan negeri dibayar kepada semua tanpa mengira latar belakang termasuk pemimpin cawangan serta ahli-ahli Umno, MCA, MIC dan Gerakan.

“Saya harap pihak Yang Berhormat (Jahara Hamid) daripada Umno boleh tunjukkan bukti kerajaan negeri membuat pembayaran secara sedemikian. Sekiranya tidak, mereka harus meminta maaf dan menarik balik tuduhan dan fitnah amat jahat itu sekali,” kata Lim pada ucapan penggulungannya pada persidangan DUN.

Jahara kemudiannya berkata laporan Utusan itu secara jelas menggunakan perkataan “difahamkan”, jadi ianya bukanlah kenyataan fakta.

“Saya akan berikan bukti, berikan saya sedikit masa,” tambahnya.

Lim memberitahu, beliau hanya ada masa sehingga tengahari ini, yang mana beliau angguk bersetuju.

Ketua menteri itu menambah, bagaimanapun “difahamkan” adalah penegasan fakta dan sebagai seorang peguam, Jahara sepatutnya boleh bezakan perkara ini.

“Kerajaan Pakatan Harapan tidak mahu menjadi kerajaan hanya untuk penyokong kami tetapi mahu menjadi kerajaan untuk semua 1.6 juta rakyat Pulau Pinang termasuk penyokong BN,” katanya.

Jahara kemudiannya mengingatkan Lim yang kerajaan persekutuan BN telah memberikan bantuan wang BR1M kepada semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira fahaman politik mereka.

Artikel Utusan Malaysia yang dibincangkan bertajuk “Perjelas kaedah agih bantuan banjir – Jahara”.

Dalam laporan berita itu, Jahara mendakwa kerajaan Pulau Pinang mengumumkan bantuan RM400 untuk mangsa banjir yang berlaku pada 15 September tetapi meminta mereka “untuk mendaftar sebagai pengundi dengan ahli politik” sebelum mendapatkan bantuan wang tunai itu.

“Pada 20 September lalu, kerajaan negeri turut mengumumkan bantuan RM400 secara ‘one-off’ kepada mangsa banjir tetapi difahamkan, orang ramai perlu mendaftar sebagai pengundi dengan ahli politik tertentu sebelum mendapatkan bantuan berkenaan,” lapor artikel Utusan itu.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments