Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kelab diraja digesa jangan tunduk kepada pihak berkuasa

 | November 14, 2017

Bekas wakil rakyat BN, Tawfik Ismail berkata tindakan itu adalah petanda kerajaan semakin mengenakan pemahaman Islam mereka terhadap orang lain.

Tawfik-Ismail-warned-the-Royal-Selangor-Golf-Club-talk-malaysiaPETALING JAYA: Bekas ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tawfik Ismail berkata Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) perlu berpendirian tegas dalam isu menerima tempahan untuk forum ilmiah, sekiranya tidak ia terpaksa akur arahan pihak berkuasa agama untuk mengenakan versi Islam mereka.

Beliau berkata demikan mengulas laporan FMT yang kelab elit itu baru-baru ini terpaksa menolak tempahan sebuah acara yang memaparkan sarjana dari Amerika Syarikat (AS) Dr Nader Hashemi.

“Jika RSGC tidak tegas, maka wanita tidak boleh berenang, bermain tenis atau bermain golf. Ahli kelab beragama Islam tidak boleh berkongsi kemudahan bilik menukar pakaian atau makan daripada pinggan yang digunakan orang lain. Malah, arak tidak boleh dijual,” kata Tawfik kepada FMT.

Semalam, RSGC dilaporkan menerima tekanan untuk menyaring semua acara yang ada kaitan dengan Islam.

“Jadi kelab mengambil keputusan menolak semua acara agama buat masa ini,” kata Pengurus Operasi dan Perkhidmatan RSGC, Eric Ilyas Lim.

Bagi Tawfik, ia petanda kerajaan semakin mengenakan pemahaman Islam mereka terhadap orang lain, sambil menambah ia memberi kepercayaan kepada ketakutannya bahawa negara ini menuju ke arah menjadi teokrasi.

“Islam digunakan untuk melabel dan membenarkan apa yang dikehendaki oleh ‘penguasa kecil’,” katanya.

RSGC merupakan antara kelab elit tertua terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur, dan sebelum ini menjadi lokasi beberapa acara dianjurkan Islam Renaissance Front (IRF) dan G25, kumpulan bekas kakitangan kanan kerajaan, termasuk antara mereka menjadi ahli kelab.

Ogos lalu, sarjana Indonesia yang berpengkalan di AS, Mun’im Sirry dituduh mempersoalkan asal usul Al-Quran, sehingga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melabelnya sebagai “sesat” susulan ucapannya di forum “Kesederhanaan Dalam al-Qur’an: Antara Dua Titik Ekstrim”, yang diadakan di RSGC.

Sebulan kemudian, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menahan penulis Turki Mustafa Akyol, ekoran ucapannya berkenaan isu murtad pada forum dianjurkan oleh IRF dan G25 di RSGC.

Jawi berkata Akyol telah melanggar Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) di mana penceramah agama perlu mendapatkan “tauliah”, peraturan yang biasanya dikenakan terhadap penceramah di masjid dan surau.

Kelab elit tolak forum akademik selepas tekanan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments