Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mangsa banjir dikecualikan bayaran untuk peroleh semula sijil peperiksaan

 | November 14, 2017

Mereka yang terjejas perlu menunjukkan bukti mereka tersenarai sebagai mangsa banjir sebelum membuat permohonan semula salinan keputusan peperiksaan.

mahdzir-khalid_banjir_sekolah_kelantan_600PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan bersetuju mengecualikan bayaran kepada mangsa banjir yang mahu mendapatkan semula salinan asal sijil peperiksaan yang hilang atau rosak akibat bencana itu, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Namun, katanya, mereka yang terjejas perlu menunjukkan bukti mereka tersenarai sebagai mangsa banjir sebelum membuat permohonan semula salinan keputusan peperiksaan.

“Tunjukkan bukti terlibat dalam banjir yang melanda baru-baru ini. Bagi mereka yang mengambil peperiksaan selepas tahun 2000, boleh mendapatkan sijil salinan dalam tempoh satu jam, manakala yang lain akan mengambil seminggu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini.

Mahdzir berkata mangsa banjir boleh mendapat sijil melalui kaunter Lembaga Peperiksaan atau memuat turun borang permohonan dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan, dan mereka akan dikecualikan daripada membayar RM30 bagi setiap sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala RM50 untuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Ditanya sama ada pihak kementerian menerima apa-apa aduan daripada ibu bapa mengenai soalan peperiksaan SPM, Mahdzir berkata: “Setakat ini, kami tidak menerima apa-apa aduan rasmi mengenai soalan SPM terutamanya Bahasa Inggeris.

“Sebenarnya, kita ada panel peperiksaan untuk melihat setiap subjek dan soalan yang disediakan itu. Panel akan membuat penilaian untuk menentukan soalan mana akan diletakkan dalam SPM.

“Jadi, panel telah membuat pertimbangan. Ibu bapa yang tidak berpuas hati boleh datang berjumpa pegawai pendidikan negeri bahagian peperiksaan untuk mendapatkan penerangan lanjutan,” katanya.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments