Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Perkasa, Zakir Naik bantah laporan dikaitkan dengan penculikan, ekstremisme

 | November 14, 2017

Perkasa dan Naik berkata dakwaan tidak disokong dengan bukti dan mereka tidak terlibat dalam kes kehilangan Pastor Raymond Koh atau menyokong aktiviti terorisme dan penculikan.

zakir-naik-perkasa-pastorPETALING JAYA: Perkasa dan penceramah Zakir Naik hari ini membantah laporan yang memetik keterangan saksi ke-7 panel siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ke atas kehilangan Pastor Raymond Koh dan 3 individu lain di prosiding semalam.

Dalam kenyataan rasmi yang diterima FMT hari ini, Perkasa dan Naik berkata laporan tersebut memberikan gambaran yang songsang dan negatif terhadap imej dan reputasi baik mereka seolah-seolah melibatkan mereka dengan perbuatan jenayah yang serius.

Perkasa dan Naik “memandang serius” rujukan terhadap mereka sebagai terlibat dalam kes kehilangan itu yang sedang menjalani proses inkuiri.

“Kenyataan yang mengaitkan Perkasa dan Dr Zakir Naik dengan keganasan adalah dibantah oleh kami dan tidak seharusnya berulang lagi,” kata kenyataan itu.

Mereka menambah dakwaan yang tidak disokong dengan bukti hasil daripada siasatan dan dibuat dalam sebuah negara majmuk akan mendorong dan menghasut pihak tertentu menimbulkan huru hara antara masyarakat berbeza agama.

Perkasa dan Naik berkata mereka tidak pada bila-bila masa terlibat di dalam kes kehilangan Pastor Raymond Koh berkenaan dan mereka tidak pernah menyokong sebarang aktiviti keganasan, terorisme dan penculikan.

Semalam, FMT dalam laporan “Polis: Perkasa mungkin relevan dalam kes culik Koh” memetik pegawai penyiasat ASP Supari Muhammad di prosiding semalam sebagai berkata Perkasa mungkin relevan untuk disiasat dalam kes kehilangan itu.

Supari berkata demikian ketika disoal oleh peguam keluarga Koh, Datuk Jerald Gomez, tentang kenyataan bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini, mengatakan polis akan mengkaji kemungkinan ekstremisme terkait dengan kehilangan Koh.

Jerald dilaporkan memberitahu panel siasatan bahawa Naik, seorang penceramah kontroversi yang dikehendaki pihak berkuasa India, menyertai siri ceramah di Arau, Perlis, pada 10 Februari iaitu 3 hari sebelum Koh diculik, dan Perkasa yang mempertahankan Naik.

Supari memberitahu panel siasatan, ekstremisme petunjuk utama untuk memulakan siasatan tetapi polis belum menyiasat mereka.

Koh diculik di Jalan SS4B/10, kurang 100m dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Februari lalu, ketika beliau dalam perjalanan ke rumah rakannya di Kelana Jaya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah berhampiran menunjukkan 3 kenderaan menyekat kereta Koh dan 8 individu bertopeng melarikan beliau serta kenderaannya dari tempat kejadian.

Sehingga kini, tiada permintaan wang tebusan atau komunikasi dengan penculik, memberi gambaran yang wang bukan motif penculikan itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments