Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Setiausaha agung PPBM beri keterangan 3 jam di JPPM

 | November 14, 2017

Beliau berkata kehadirannya adalah untuk memberi keterangan susulan laporan dibuat kepada JPPM berhubung dakwaan pimpinan tertinggi gagal mematuhi perlembagaan parti.

Shahruddin-Md-Salleh

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Dr Shahruddin Md Salleh hari ini memberi keterangan hampir 3 jam di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Beliau yang memberi keterangan sejak 10.00 pagi berkata kehadirannya di ibu pejabat JPPM itu adalah untuk memberi keterangan susulan beberapa laporan dibuat kepada JPPM berhubung dakwaan pimpinan tertinggi gagal mematuhi perlembagaan parti.

Lapan bahagian PPBM Johor membuat laporan kepada JPPM berhubung perkara itu, antaranya kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.

“Saya memberi kerjasama penuh dengan mengemukakan bukti dan keterangan berdasarkan kepada perlembagaan PPBM. Saya menjelaskan kenapa sesuatu tindakan dan keputusan diambil,” katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan.

Berhubung sayap pemuda PPBM, Shahruddin berkata Ketua Armada PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman akan hadir memberi keterangan kepada JPPM dalam masa terdekat.

Minggu lepas, Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim berkata Armada tidak ada dalam perlembagaan parti itu, justeru penggunaan istilah yang tiada dalam perlembangaan parti boleh menyebabkan pendaftaran sesebuah pertubuhan dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments