Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Shahrir percaya ada siasatan selain hotel di London, Kuching dan KK

 | November 14, 2017

Felda sentiasa terbuka untuk disiasat SPRM, kata Pengerusi Shahrir Samad.

Shahrir-Abdul-Samad-macc-hotel-kuchingKUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Abdul Samad percaya operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Felda Investment Corporation (FIC) lebih besar daripada 3 hotel yang disiasat sekarang ini.

Shahrir memberikan komitmen bahawa Felda sentiasa terbuka untuk disiasat oleh agensi anti-rasuah itu.

“Siasatan mengenai isu pembelian hotel sedang dijalankan dan tindakan reman juga telah diambil. Cuma saya tidak pasti berada di tahap mana. Apa yang lebih penting, kita terbuka untuk disiasat sebab saya yakin operasi siasatan tidak akan terikat dengan isu 3 hotel sahaja,” katanya.

Beliau ditanya pemberita mengenai perkembangan siasatan SPRM ke atas pembelian sebuah hotel di London, di Kuching dan di Kota Kinabalu oleh FIC, pada sidang media Dialog GTN50: Pemimpin Generasi Baharu Felda Aspirasi Menuju Tahun 2050 di Menara Felda hari ini.

SPRM membuka kertas siasatan terhadap FIC berbubung pembelian sebuah hotel di London antara 2013 dan 2015 pada Julai tahun ini, yang dipercayai harga dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal.

Ia membawa kepada siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching juga pada bulan yang sama, dan hotel di Kota Kinabalu pada Ogos.

Beberapa individu sudah dipanggil untuk membantu siasatan termasuk bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Bercakap mengenai isu lain, Shahril berkata kesemua tanah rancangan Felda perlu ditransformasikan menjadi bandar pintar menjelang tahun 2050.

Katanya, bandar pintar itu meliputi prasarana dan kemudahan asas yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan ekonomi para peneroka serta generasi seterusnya.

Ia termasuk mengubah persekitaran tanah-tanah rancangan Felda supaya lebih tersusun termasuk menjadikan kawasan tersebut sebagai lokasi agro pelancongan yang dilengkapi dengan capaian internet berkelajuan tinggi.

“Para peneroka khususnya generasi kedua dan ketiga Felda perlu menyedari bahawa aset tanah akan sentiasa kekal menjadi milik kita tetapi ia perlu dikembangkan dalam bidang-bidang lain, bukan hanya dalam bidang pertanian yang berasaskan komoditi semata-mata.

“Bermula dengan transformasi Felda 2.0 di Lurah Bilut, Pahang yang akan dibuka Januari tahun depan melalui peruntukan RM10 juta, seterusnya pembukaan tiga tanah rancangan di tiga wilayah lain sekiranya sumber kita mencukupi,” katanya.

Seramai 500 generasi kedua dan ketiga Felda menghadiri program yang dikendalikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments