Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Umat Islam bantu bersih gereja di Sabah

 | November 14, 2017

Sekumpulan pelatih dan kakitangan IKBN Kinarut menyertai gotong-royong untuk membersihkan Gereja St Paul di Kiulu.

st-paul-ikbn-1

KIULU: Rakyat Sabah menunjukkan cara bersatu padu dan toleransi agama apabila beberapa umat Islam membantu membersihkan Gereja St Paul di Kampung Sinalapak.

Pelatih dan kakitangan beragama Islam dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut menyertai gotong-royong dengan penuh muhibah.

The Borneo Post melaporkan Timbalan Pengarah IKBN Kinarut, Suhaidi Mustar; Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Fatimah Abdul Rahman; wakil gereja, Rosenani Kiting dan ketua kampung Dunsim Gimbatu turut serta dalam gotong-royong itu yang dirasmikan Adun Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai.

st-paul-ikbn-3

“Sangat gembira melihat (pegawai dan pelatih Islam dari IKBN Kinarut) menyertai gotong-royong ini,” kata Joniston.

Beliau berkata, tindakan sedemikian amat bermakna ketika sesetengah pihak mendakwa kebebasan beragama di Sabah terancam.

Gotong-royong itu anjuran bersama IKBN Kinarut serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sinalapak.

Selain membersihkan gereja itu dengan cat baharu, pelatih juga memasang kipas dan atap baharu di koridor.

Rosenani berterima kasih kepada IKBN Kinarut kerana memilih gereja itu untuk menyertai projek gotong-royong mereka.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments