Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Wanita berdepan penjara seumur hidup sokong IS di Google+

 | November 14, 2017

Tarikh 29 November ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

isis-women

KUALA LUMPUR: Seorang jurutera sokongan teknikal sebuah kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyokong kumpulan pengganas IS menggunakan aplikasi media sosial.

Irma Julyanti Buang, 32, didakwa dengan pengetahuan telah menyokong kumpulan pengganas dengan cara menggunakan aplikasi media sosial, Google+ atas nama Celestica-Irma Julyanti Binti Buang miliknya di bilik kejuruteraan Kilang Celestica (AMS), Jalan Seelong, Johor Bahru, Johor pada Januari 2016 hingga 20 April 2017.

Ibu kepada seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat digunakan melakukan kesalahan itu jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menetapkan 29 November untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments