Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Wanita pengsan tunggu buat laporan polis terhadap pembantu PM

 | November 14, 2017

Dia merupakan antara 34 penduduk miskin Cameron Highlands yang hadir ke balai polis untuk membuat laporan terhadap setiausaha politik PM.

Sharifah Hanim diberikan air oleh penduduk yang hadir bersamanya di Balai Polis Cameron Highlands selepas pengsan keletihan.

Sharifah Hanim diberikan air oleh penduduk yang hadir bersamanya di Balai Polis Cameron Highlands selepas pengsan keletihan.

CAMERON HIGHLANDS: Akibat cuaca panas, seorang wanita pengsan di hadapan Balai Polis Cameron Highlands Isnin lalu ketika menunggu polis mengambil laporannya ke atas staf di Pejabat Perdana Menteri.

Sharifah Hanim, 52, merupakan antara 34 penduduk miskin di sini yang hadir memfailkan laporan terhadap Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah dan pembantunya Mohd Azizol kerana didakwa tidak menjalankan tugas mereka dan membuat janji palsu untuk mengatur pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak.

“Cuaca terlalu panas,” kata Sharifah selepas sedar.

Penduduk kecewa dengan Jailani dan Azizol kerana gagal mengadakan mesyuarat dengan perdana menteri untuk membincangkan kesusahan mereka memperoleh rumah mampu milik.

Menurut Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highands, B Suresh, Sharifah pengsan ketika menunggu giliran dibenarkan masuk ke balai polis.

“Hanya kumpulan 5 orang dibenarkan masuk secara berperingkat. Cuaca sangat panas di luar. Tetapi apabila wanita itu pengsan, polis meminta beliau dibawa masuk dan polis telah menyediakan air mineral untuknya,” katanya.

Menurut Suresh, Sharifah diberi layanan baik oleh polis.

Bagaimanapun, menurut Suresh, hanya 2 komputer boleh diguna ketika itu.

Menurutnya lagi, 2 pegawai polis sangat efisien dan bertolak ansur, tetapi seorang lagi dilhat tidak efisien ketika menjalankan tugas.

Penduduk miskin Cameron Highlands di hadapan balai polis.

Penduduk miskin Cameron Highlands di hadapan balai polis.

“Kami semua hadir di balai polis pada 4.00 petang dan urusan hanya selesai ada 9.00 malam kerana kami terpaksa membuat semua aduan menggunakan hanya satu komputer,” katanya sambil menambah yang pada awalnya polis Cameron Highlands keliru di mana laporan itu patut didaftarkan sehinggalah mereka akhirnya memutuskan yang balai polis Presint 7, Putrajaya adalah paling sesuai.

Suresh berkata cuaca juga boleh menjadi panas di Cameron Highlands pada waktu tengahari tetapi selalunya tida panas kerana hujan.

“Biasanya, hujan akan turun selepas 2.00 petang.”

Sharifah yang sudah berkahwin dan mempunyai 5 anak, hadir di balai polis berseorangan pada hari itu.

Bulan lepas, beberapa wakil daripada 22 keluarga miskin dari Cameron Highlands hadir di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengadu kesusahan mereka memiliki rumah di bawah skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Menurut Suresh, mereka menulis 3 surat kepada Najib mengenai penantian 3 bulan untuk menemuinya tanpa sebarang hasil.

Suresh mendakwa Azizol meyakinkan penduduk yang hadir akan mengatur perjumpaan dengan perdana menteri untuk membincangkan perkara itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments