Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

AS prihatin Myanmar kerana Malaysia, kata Najib

 | November 15, 2017

Perdana menteri berkata ia termasuk keputusan setiausaha negara AS melawat Myanmar.

najib-as-rohingya

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata negara lain termasuk kuasa besar seperti Amerika Syarikat mula memberi perhatian kepada krisis melibatkan penduduk Rohingya di Myanmar disebabkan usaha Malaysia mengetengahkan isu tersebut.

“Sejak kita memperjuangkan isu Rohingya ini, ramai negara lain bangkit sama untuk membincangkannya. Nampaknya Amerika juga memandang serius sejak saya membangkitkannya semasa bertemu Presiden Donald Trump di Washington,” katanya dipetik Bernama kepada wartawan Malaysia di Sidang Kemuncak Asean ke-31 di Manila.

Najib berkata minat antarabangsa itu termasuk keputusan Setiausaha Negara AS, Rex W. Tillerson untuk Myanmar hari ini.

Menurut Najib, beliau memberitahu pemimpin Asean yang isu Rohingya turut melibatkan soal keselamatan kerana ia bakal menjadi medan kumpulan pengganas IS bertapak.

Semalam, Najib berkata beliau memberitahu keprihatinan Malaysia mengenai isu Rohingya kepada Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Beratus ribu penduduk Rohingya dari wilayah Rakhine kini menjadi pelarian di Bangladesh selepas diserang kumpulan awam dengan sokongan tentera Mytanmar, selepas serangan ke atas pasukan keselamatan Myanmar oleh militan pada Ogos lalu.

Penduduk Rohingya tidak diiktiraf Yangon sebagai warga negara dan kerap menjadi sasaran pihak berkuasa. Suu Kyi yang merupakan pemenang anugerah Nobel Keamanan dikutuk pelbagai pihak kerana dilihat tidak bertegas mengenai nasib Rohingya.

Baru-baru ini, Najib yang berkunjung ke White House untuk berjumpa Presiden Donald Trump pada September lalu berkata beliau turut membangkitkan isu Rohingya dalam perbincangannya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments