Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemimpin Pemuda MCA hilang 4 ahli keluarga dalam kebakaran

 | November 15, 2017

Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjung, Lim Swee Bok baru kematian bapanya minggu lalu.

Lim-Swee-Bok6

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (duduk kiri) dan exco negeri, Phee Boon Poh (tengah) menenangkan Lim Swee Bok (duduk kanan).

GEORGE TOWN: Seorang pemimpin Pemuda MCA kehilangan 4 ahli keluarganya selepas rumah teresnya di Pintasan Cecil 5 dijilat api pagi tadi.

Ibu bersama isteri dan 2 anak Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjung, Lim Swee Bok terkorban dalam kebakaran 6 pagi itu.

Lim-Swee-Bok5

Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng (baju belang) memeluk Lim Swee Bok.

Mangsa korban dikenal pasti sebagai Lau Sai Poh, 62; Chen Yen, 35; Yin Chun, 9; dan Jia Yiin, 8.

Bapa Swee Bok baru meninggal dunia minggu lepas.

Lim-Swee-Bok2

Gambar Lim Swee Bok bercuti bersama isteri, Chen Yen dan 2 anak mereka, Yin Chun dan Jia Yiin di Cameron Highlands kini tinggal kenangan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata, kebakaran itu berjaya dikawal dalam tempoh kira-kira 30 minit dan tidak merebak ke rumah bersebelahan.

Pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, 60% rumah itu musnah dan kebakaran berpunca dari tingkat bawah.

Lim-Swee-Bok1

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa korban dari lokasi kebakaran.

Jurucakap bomba berkata, 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak ditemui di tingkat bawah, sementara seorang lagi kanak-kanak ditemui di tingkat atas rumah teres itu.

Enam jentera bomba dan 20 anggota berjaya memadamkan api pada 7.10 pagi.

Seorang blogger bernama Lim Sian See berkata, Swee Bok tidak mementingkan diri dan turut serta dalam misi bantuan banjir 2 minggu lepas.

Lim-Swee-Bok3

Walaupun kematian bapa minggu lalu, Lim Swee Bok (tengah) masih tampil membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Katanya, Swee Bok yang merupakan pekerja kilang sedang bekerja syif tengah malam ketika kebakaran berlaku.

“Selepas pengebumian bapanya, beliau masih membantu misi kemanusiaan dan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir.

“Beliau ialah wira biasa yang berdepan tragedi dan cabaran besar yang mengubah hidupnya,” tulisnya dalam Facebooknya.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments