Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemindahan guru besar prosedur biasa, kata kementerian

 | November 17, 2017

Timbalan menteri menjelaskan persaraan guru besar menyebabkan pemindahan 7 guru besar lain sambil menafikan pemindahan guru besar SJK(T) Mak Mandin kerana lawatan Lim Guan Eng.

P-Kamalanathan-Transfer-of-HM-normal-exercise-malaysiaGEORGE TOWN: Kementerian pendidikan menyangkal dakwaan pemindahan seorang guru besar sebuah sekolah Tamil di Butterworth kerana lawatan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata pemindahan itu prosedur biasa, sebahagian daripada sistem giliran yang diamalkan sekolah kebangsaan aliran Tamil di Pulau Pinang.

Beliau berkata 7 guru besar dipindahkan sejak persaraan guru besar SJK(T) Rajaji di Air Hitam, Pulau Pinang pada 2 Oktober.

Kamalanathan berkata termasuk dalam pemindahan itu ialah pelantikan seorang guru kanan sebagai guru besar sebuah sekolah.

“Perubahan dalaman dalam perkhidmatan pendidikan adalah prosedur biasa bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah dan kakitangan akademi.

“Oleh itu, dakwaan guru besar sekolah Mak Mandin dipindahkan kerana isu politik tidak benar sama sekali,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kamalanathan menyediakan senarai pemindahan dalam sekolah Tamil di Pulau Pinang.

Guru kanan 1 SMJK(T) Ramakrishna, Mageswary dilantik guru besar SJK(T) Batu Kawan.

Guru Besar Vanitha Mani dari SJK(T) Batu Kawan ke SJK(T) Mayfield.

Guru Besar Sumathy dari SJK(T) Mayfield ke SJK(T) Alma.

Guru Besar Megalai dari SJK(T) Alma ke SJK(T) Changkat.

Guru Besar Bhaskaran dari SJK(T) Changkat ke SJK(T) Mak Mandin.

Guru Besar Tamilselvi dari SJK(T) Mak Mandin ke SJK(T) Perai.

Guru Besar Jacinta dari SJK(T) Perai ke SJK(T) Rajaji.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy mendakwa Guru Besar SJK(T) Mak Mandin, V Tamilselvi, diberi notis pindah 1 minggu selepas Lim melawat sekolah itu. Beliau dipindahkan ke SJK(T) Perai selepas setahun berkhidmat di Mak Mandin.

Lim melawat sekolah itu untuk menyerahkan sumbangan RM100,000 untuk naik taraf sekolah dan RM10,000 lagi untuk tadika sekolah itu.

Kehadiran Lim di sekolah kebangsaan jarang berlaku. Beliau tidak dibenarkan masuk semasa melawat sebuah sekolah Cina di Bukit Mertajam.

Lim diminta mendapatkan kebenaran bertulis daripada Menteri Pendidikan Datuk Mahdzir Khalid.

Lim kemudian berkata Pengerusi Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said dibenarkan masuk sekolah Cina itu dan menuduh pihak berkuasa pendidikan mengamalkan dwi-standard.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments