PKR sedia beri kerusi kepada PPBM, Amanah
Perbincangan kerusi pilihan raya masih berjalan dan 80% selesai, kata Timbalan Presiden Azmin Ali.
0
Shares
Total Views: 0
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kerusi yang akan terlibat.
Perbincangan mengenainya masih berjalan dan 80% selesai, katanya kepada pemberita selepas kenduri rakyat bersempena Jelajah Keadilan Peduli Rakyat hari ini.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
“Ketika PKR ditubuhkan pada 1999 PKR diberi kerusi yang dipertandingkan DAP dan PAS, jadi sudah tiba masanya kita bantu parti baharu seperti PPBM dan Amanah,” kata menteri besar Selangor itu.