PPBM akur arahan JPPM jangan guna nama ‘Armada’
PPBM akan menggunakan nama ‘Pemuda PPBM’ sehingga permohonan menggunakan nama “Armada” diluluskan JPPM.
Sehubungan itu beliau berkata sayap itu akan menggunakan nama “Pemuda PPBM” sehingga permohonan pindaan perlembagaan parti untuk menggunakan nama “Armada” diluluskan oleh JPPM.
“Majlis pimpinan tertinggi setuju untuk ubah tetapi kena hantar kepada JPPM untuk dapat kelulusan. Sementara tak dapat kelulusan kita guna nama itu dulu.
“Sekarang bila kata tak dapat kelulusan tak boleh pakai kita berhenti lah. Sudah keluar arahan kepada Pemuda untuk guna ‘Pemuda PPBM’, tetapi kita minta pertimbangan segera,” katanya pada sidang akhbar di Pagoh malam ini.
Ketua Pengarah JPPM Surayati Ibrahim hari ini dilaporkan sebagai berkata kenyataan jabatan itu berhubung istilah “Armada” dibuat berdasarkan rujukan perlembagaan PPBM sendiri yang hanya menunjukkan kewujudan istilah “Pemuda” dan bukannya “Armada”.
Suriati berkata “Armada” adalah tidak sah serta tidak diiktiraf JPPM dan berisiko berdepan tindakan serius ke atas PPBM dan pucuk pimpinan parti termasuk pembatalan pendaftaran parti.
Muhyiddin berkata PPBM akan mengadakan pertemuan dengan JPPM dalam masa terdekat bagi mengetahui apa lagi keperluan yang perlu parti itu patuhi.
“Kita akan patuh terhadap apa-apa arahan RoS tetapi saya nak nyatakan daripada sudut hati kita, kita telah laksanakan ikut peraturan-peraturan,” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Ditanya adakah kemelut ini akan menyukarkan PPBM untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14, beliau berkata apa yang penting pada masa ini adalah menyelesaikan permasalahan dengan JPPM dan tidak mahu membuat sebarang andaian ke arah itu.