Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

India naikkan duti import minyak sawit dari Malaysia sekali ganda

 | November 18, 2017

Duti import minyak sawit mentah dinaikkan daripada 7.5% kepada 15%, manakala minyak kacang soya dan minyak bunga matahari masing-masing dinaikkan kepada 17.5% dan 12.5%.

india-minyak-kelapa-sawitKUALA LUMPUR: Kerajaan India menaikkan duti import ke atas minyak sawit mentah (MSM) Malaysia kepada 15% daripada 7.5% sebelum ini, untuk mengawal penghantaran lebih murah dan menyokong kilang penapisan tempatannya.

Cukai import ke atas minyak kacang soya dan minyak bunga matahari juga masing-masing dinaikkan kepada 17.5% dan 12.5%.

Pakar Produk Derivatif Kanan Phillip Futures Sdn Bhd, David Ng berkata, keputusan kerajaan India itu disebabkan kejatuhan harga minyak bijian di bawah paras harga sokongan minimum.

“Bagaimanapun, langkah itu akan menjejaskan eksport kita ke pasaran India yang ketika ini merekodkan 2.5 juta tan. Kita akan menyaksikan eksport MSM ke India berkurangan disebabkan kenaikan cukai import oleh kerajaan India,” katanya kepada Bernama.

Pada 27 Julai lalu, panel antara kementerian yang diketuai Menteri Kewangan India, Arun Jaitley menyemak semula ketersediaan minyak boleh makan dalam negara itu dan membincangkan kaedah untuk menangani peningkatan import.

Sebuah jawatankuasa ditubuhkan kerajaan India untuk meneliti struktur duti import bagi menyemak penghantaran minyak masak yang murah.

India mengimport kira-kira 14.5 juta tan minyak sayur-sayuran dari Malaysia dan Indonesia setiap tahun untuk memenuhi permintaan domestik.

Indonesia dan Malaysia menyumbang 85% pengeluaran MSM keseluruhan global dan 91% kepada eksport keseluruhan minyak sawit dunia.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments