Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Lebih ramai rakyat berhijrah kerana kuasa elit bertambah’

 | November 18, 2017

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa dasar ekonomi negara semakin memihak kepada golongan elit menyebabkan ramai pekerja bergelut menyara kehidupan sekeluarga.

charles-santiago-rakyat-malaysian-malaysiaPETALING JAYA: Seorang wakil rakyat DAP mendakwa lebih ramai rakyat berhijrah kerana merasakan mereka kehilangan negara ini kepada golongan “elit” yang menguasai semua aspek kehidupan di sini.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago kesal dengan dasar ekonomi negara yang didakwanya semakin memihak kepada golongan elit.

charles-santiago-freedom-summit-1“Apabila bercakap mengenai gaji minimum, menteri atau timbalan menteri sumber manusia akan mengamuk. Mereka akan kata pengangguran besar-besaran akan berlaku kerana perniagaan akan ditutup,” katanya pada Sidang Kemuncak Kebebasan Malaysia, hari ini.

Beliau berkata, realiti di peringkat akar umbi ialah ramai bergelut untuk mencari pendapatan bagi menyara kehidupan sekeluarga.

“Ada seorang janda yang datang berjumpa saya. Dia kehilangan suami dan tidak mempunyai simpanan. Dia terpaksa berhenti menghantar 4 anaknya ke sekolah kerana tiada wang cukup untuk membayar tambang bas sekolah.

“Siapa yang akan bantu mereka? Jawapan yang kami dapat ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). BR1M tidak dapat menyelesaikan masalah mereka, apa yang mereka perlukan ialah perubahan struktur,” katanya sambil menambah kerajaan bagaimanapun tidak memfokuskan aspek itu.

Beliau berkata, walaupun kerajaan mengatakan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin semakin kecil, memetik koefisien Gini – cara mengukur jurang pendapatan antara kaya dan miskin, statistik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagaimanapun menunjukkan keadaan sebaliknya.

Menurut data KWSP, separuh daripada simpanan dalam dana itu atau RM47.2 bilion milik 0.4% pencarum.

“Ini memberitahu kita banyak mengenai ketidaksamaan di negara ini. Sekumpulan kecil memiliki bahagian besar, manakala sekumpulan besar lagi hanya mempunyai bahagian kecil.”

Beliau berkata, keseimbangan kuasa perlu dikembalikan kepada rakyat atau campur tangan golongan elit dalam menentukan masa depan Malaysia akan berakar umbi.

“Kuasa perlu diberikan kepada rakyat dan rakyat perlu mula menggunakan kuasa mereka,” katanya yang menggesa rakyat peringkat akar umbi bekerjasama dengan kesatuan sekerja, persatuan dan masyarakat setempat mengenai isu tempatan dan nasional.

Pada 25 September lalu, bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyeru orang Islam tempatan menerima konsep hijrah dalam Islam untuk bebas daripada penyeksaan di Malaysia yang disifatkannya “negara orang Islam yang tenat”.

Beliau menggesa umat Islam berhijrah ke United Kingdom (UK) yang memberi ruang untuk belajar dan menjadikan mereka manusia berguna.

Zaid seru golongan muda Melayu berhijrah


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments