Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Perbahasan Dewan Rakyat era Dr M lebih terbuka berbanding Najib’

 | November 18, 2017

Soalan sensitif yang dianggap mampu menggugat pentadbiran akan tetap dijawab dalam sesi Dewan Rakyat.

Dr Mahathir biarkan skandal BMF dan dagangan mata wang asing dibincang walaupun menggugat pentadbirannya.

Dr Mahathir biarkan skandal BMF dan dagangan mata wang asing dibincang walaupun menggugat pentadbirannya.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat di era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad lebih terbuka membincangkan isu sensitif berbanding Datuk Seri Najib Razak.

Bekas menteri Tan Sri Syed Hamid Albar berkata soalan sensitif yang dianggap mampu menggugat pentadbiran akan tetap dijawab kerajaan dalam sesi perbahasan atau pertanyaan lisan, walaupun kadang kala jawapan yang diberi tidak disenangi wakil rakyat pembangkang.

“Misalnya isu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan dagangan mata wang asing. Semua dibincangkan. Kerajaan akan bentang atau edarkan jawapan,” katanya kepada FMT.

Hamid bertanggungjawab menjaga urusan Parlimen sekitar tahun 1990 hingga 1995. Beliau berkata isu tersebut, yang masih dikaitkan dengan Dr Mahathir pada hari ini, harus dibahas ketika itu kerana ia melibatkan kerugian yang besar.

“Atas permintaan Ahli Parlimen termasuk kerajaan, kita fikir ia perkara penting. Laporan kita serah kepada kerajaan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat dan diserah untuk dibahas dan dibincangkan,” katanya.

Syed Hamid bagaimanapun akui beberapa isu berkaitan institusi raja-raja, agama dan perkauman terpaksa ditolak demi menjaga perpaduan rakyat berbilang kaum, agama dan fahaman di negara ini.

Skandal BMF menggemparkan awal 1980-an apabila cawangan bank di Hong Kong didapati mengeluarkan dana kepada berbilion ringgit kepada spekulator hartanah, Carrian Investment Limited. Ratusan juta dolar hilang apabila Kumpulan Carrian terkubur pada 1983, menjadikan kes itu kemuflisan terbesar dalam sejarah Hong Kong.

Lebih menggemparkan seorang juruaudit Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), syarikat induk kepada BMF, yang dihantar untuk menyiasat penyelewengan dalam transaksi mati dibunuh, dan kerajaan terpaksa menyuntik berbilion ringgit untuk membantu BBMB.

Manakala skandal dagangan mata wang menyentuh mengenai kerugian yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) antara 1991 dan 1993 yang dikatakan sehingga AS$10 bilion (kira-kira RM25 bilion mengikut kadar tukaran ketika itu. Skandal itu berlaku ketika Tun Daim Zainuddin (1986-1991) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (1991-1998) menjadi menteri kewangan.

Bincang dulu kemudian OSA

Perkara sama turut dirasai bekas pengarah Biro Tata Negara (BTN), Datuk Johari Abdul. Beliau berkata isu sensitif seperti skandal BMF dan dagangan mata wang asing dibawa ke Parlimen dan dibincangkan oleh blok kerajaan dan pembangkang.

Dr Mahathir tidak mengelaskan isu kontroversi bawah OSA tanpa dibincangkan terlebih dahulu.

Dr Mahathir tidak mengelaskan isu kontroversi bawah OSA tanpa dibincangkan terlebih dahulu.

Beliau berkata Dr Mahathir tidak mengelaskan isu kontroversi bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) tanpa dibincangkan terlebih dahulu di Dewan Rakyat.

“Sebutlah apa pun mengenai Dr Mahathir, dia tidak buat begitu. Tetapi kini, laporan ketua audit negara yang bersifat sensitif diletakkan bawah OSA,” katanya.

Johari merujuk kepada tindakan mengelaskan laporan audit akhir tentang 1MDB bawah OSA pada Mac 2016. Dikatakan Ahli Parlimen Tony Pua, salah seorang ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut membuat pendengaran isu 1MDB tidak mengetahui isu kandungan laporan audit itu.

Lali soalan ditolak

Ketika ini, wakil rakyat pembangkang mengkritik kerajaan kerana tidak dapat memberikan jawapan tepat atau mengelak menjawab isu sensitif seperti 1MDB dan GST ketika berbahas di Dewan Rakyat.

Soalan yang dijawab secara berfakta berserta statistik adalah 'soalan JKKK'.

Soalan yang dijawab secara berfakta berserta statistik adalah ‘soalan JKKK’.

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata beliau sendiri sudah lali apabila soalan yang diajukan kepada menteri bertanggungjawab tidak dijawab.

“Contohnya pada sidang Dewan Rakyat lepas, berkaitan 1MDB. Saya minta pengesahan mengenai nombor akaun perdana menteri yang dikatakan menerima wang dengan jumlah tertentu, tetapi tidak dijawab,” katanya.

Hanipa berkata soalan jenis lain pula dijawab secara berfakta berserta statistik.

“Soalan dijawab adalah soalan yang kita panggil ‘soalan JKKK’ (jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung) seperti isu lampu jalan, kesesakan jalan raya, longkang tersumbat,” katanya.

Peraturan mesyuarat begitu 'rigid' dan perlu diubah.

Peraturan mesyuarat begitu ‘rigid’ dan perlu diubah.

Sementara itu, bekas timbalan menteri Datuk Ibrahim Ali juga pernah mengalami detik soalannya tidak dijawab kerajaan.

“Namun, dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, budi bicara dan ketegasan speaker diperlukan memandangkan peraturan mesyuarat di dewan begitu ‘rigid’ dan ia perlu diubah,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments