Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Sate memang laku kerana MRT di Kajang, tetapi hanya sementara

 | November 18, 2017

Kajang dan satenya disebut perdana menteri baru-baru ini untuk menunjukkan kebaikan MRT.

Stesen MRT Stadium Kajang yang terletak hanya 5 minit perjalanan dari Restoran Hj Samuri.

Stesen MRT Stadium Kajang yang terletak hanya 5 minit perjalanan dari Restoran Hj Samuri.

KAJANG: Jalan Kelab di bandar Kajang lengang dan sunyi, sekali-sekala kenderaan melaluinya, seolah-olah bertentangan dengan apa yang dikatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Di sinilah letaknya sebuah restoran yang terkenal dengan sate, makanan yang kerap dikaitkan dengan Kajang.

Baru-baru ini, perdana menteri berkata jualan sate di Kajang melambung susulan pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) yang melalui kawasan itu.

Tetapi semasa kunjungan FMT, udara selepas hujan dipenuhi dengan bauan jalan raya yang basah dan aroma sate yang sedang dibakar di Restoran Sate Hj Samuri, pakar sate yang kini mempunyai puluhan cawangan di seluruh negara.

Keadaan di restoran yang tidak banyak pengunjung ini berbeza dengan keadaan sibuk ketika diskaun 50% ditawarkan kepada penumpang MRT.

Keadaan di restoran yang tidak banyak pengunjung ini berbeza dengan keadaan sibuk ketika diskaun 50% ditawarkan kepada penumpang MRT.

“Tidak ramai orang yang datang ke sini pada hari biasa, Isnin hingga Jumaat. Tapi ramai pelanggan yang datang ke sini pada waktu malam,” kata seorang pelayan restoran.

“Kami juga menerima ramai pelanggan pada hujung minggu terutama yang datang dengan keluarga.”

Tetapi, seorang lagi pekerja berkata restoran itu hanya sesak ketika MRT menawarkan diskaun sebanyak 50%, selepas ia dilancarkan pertengahan tahun ini. Diskaun tersebut berakhir pada 31 Ogos lalu.

Pekerja itu setuju yang bilangan pengunjung bertambah ramai selepas MRT dilancarkan. Bagaimanapun, ia hanya berlaku ketika tempoh diskaun 50% MRT.

“Semasa minggu pertama MRT dilancarkan dan ada diskaun sehingga 50% kepada pengguna, rata-rata yang datang adalah mereka yang turun di stesen Stadium Kajang dan melintas untuk makan di restoran.”

Menurutnya, jualan sate meningkat dan memberangsangkan semasa hujung minggu dan juga pada hari bekerja.

“Ramai yang akan beratur di kaunter dan ada juga barisan yang menunggu untuk giliran sehingga ke dalam restoran. Tingkat atas juga penuh.

“Tapi setelah diskaun MRT tamat, jualan di restoran kembali kepada asal. Sama saja seperti sebelum MRT ada,” katanya.

Kedua-dua pekerja itu bersetuju bercakap dengan FMT dengan syarat nama mereka tidak disiarkan.

Sate Hj Samuri adalah rangkaian restoran dengan 20 cawangan di seluruh negara, dengan lebih 500 pekerja, menawarkan pelbagai jenis sate.

Rabu lalu, Najib berkata pembinaan projek mega MRT memberi kelebihan kepada rakyat.

“Saya diberitahu mereka yang menjual sate di Kajang pun penjualan sate melambung lebih tinggi kerana adanya laluan MRT.

“Malah ramai yang datang jumpa saya menyesal mereka tiada laluan MRT. Mereka kata, bila MRT nak lalu di kawasan kami. Sebab mereka tahu kalau ada MRT penghuni kawasan senang, kurang kesesakan jalan malah nilai harta sama ada rumah, kondominium, semuanya bertambah lebih tinggi nilainya,” kata Najib.

Jualan sate di Kajang melambung sebab MRT, kata Najib


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments