Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Sultan Johor setuju jambatan lurus kereta api Johor-Singapura

 | November 18, 2017

Sultan Johor sebelum ini tidak suka cadangan reka bentuk landasan melengkung dan ketinggian jambatan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) mencecah 30m di bahagian tengah yang akan menjejaskan pemandangan bandar Johor Bahru.

sultan-johor-rtsJOHOR BAHRU: Sultan Johor memberi perkenan terhadap pembinaan jajaran jambatan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) setinggi 25m yang akan merentasi Selat Johor secara lurus bagi menghubungkan Woodlands, Singapura ke Bukit Chagar, Johor Bahru.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi perkenan itu ketika menerima menghadap Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah bersama pegawai kanannya di Istana Bukit Pelangi, Rabu lepas.

Sesi menghadap itu untuk mengemukakan 3 pilihan jajaran bagi projek RTS, setelah mengambil kira cadangan Sultan Ibrahim ketika pertemuan SPAD bersama baginda pada 19 September lalu.

“Sultan telah memberi perkenan bagi jajaran jambatan setinggi 25m yang akan merentasi Selat Johor secara lurus. Jajaran ini mematuhi panduan teknikal Jabatan Laut Malaysia yang menetapkan had ketinggian jambatan bersama drauf udara minima 25m,” kata SPAD dalam kenyataan semalam.

SPAD berkata, Sultan Ibrahim juga menekankan kepentingan memastikan penyuraian trafik di kawasan stesen RTS Bukit Chagar dalam sesi itu dan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.

“Suruhanjaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sultan atas sokongan dan perkenan bagi projek RTS ini. SPAD juga ingin merakamkan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan atas kepimpinan dan bimbingan beliau dalam projek RTS,” katanya.

Sebelum ini, baginda dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk trek rel melengkung, selain jambatannya mungkin mencapai ketinggian 30m di bahagian tengahnya.
Pembinaan RTS dicadangkan pada Mei 2010 sebagai alternatif kepada 80,000 hingga 100,000 pengguna Tambak Johor setiap hari.

Apabila siap, RTS mampu menampung pergerakan sehingga 10,000 penumpang setiap jam antara 2 stesen di Woodlands dan Bukit Chagar.

Sultan Johor tak suka cadangan jambatan kereta api Johor-Singapura

Rahman: Kami akan hadap Sultan Johor bincang landasan bengkok


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments