Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Husam: Polis tak maklum anak saya ditahan miliki 200 pil kuda

 | November 19, 2017

Naib presiden Amanah itu berkata, beliau hanya mendapat tahu anaknya ditahan polis melalui seorang rakannya.

husam-musaPETALING JAYA: Datuk Husam Musa berkata, polis belum memaklumkan anaknya, Ahmad Syafi ditahan kerana memiliki 200 biji pil kuda.

Naib presiden Amanah itu berkata, beliau hanya mendapat tahu anaknya ditahan polis melalui seorang rakannya.

“Saya hanya mendapat tahu anak saya, Ahmad Syafi direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memiliki pil kuda jam 5.22 petang tadi, apabila seseorang menghantar imej laporan Malaysiakini melalui WhatsApp.

“Sehingga kini, tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat kepada saya mengenai penahanan itu.

“Juga tiada pemakluman polis bahawa beliau akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi. Saya juga tidak diberitahu sehingga kini di mana anak saya ditahan,” katanya dalam catatan di Facebooknya.

Adun Salor itu berkata, jirannya memaklumkan anaknya ditahan sekumpulan lelaki petang semalam.

Katanya, beliau akan mengeluarkan kenyataan penuh selepas mendapat maklumat penuh daripada polis dan dibenarkan menemui anaknya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik dipetik Harian Metro mengesahkan suspek berusia 29 tahun itu ditahan jam 3.30 petang tadi kerana memiliki 200 biji pil kuda.

Katanya, lelaki itu ditahan di depan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu, semalam.

Beliau berkata, berlaku pergelutan antara sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dengan suspek sebelum dia ditahan.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah tahanan reman selama 4 hari bermula hari ini sehingga Rabu ini.

“Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dipetik akhbar itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments