Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jualan Proton naik 13% bulan lalu

 | November 19, 2017

Kereta model Saga dan Persona menjadi pilihan utama dan menyumbang 70% kepada jualan kereta​ ​​​​​​keseluruhan.

proton_new_600KUALA LUMPUR: Jualan Proton meningkat 13% kepada 5,083 unit pada Oktober 2017 daripada 4,498 unit pada bulan sebelumnya.

Bagi Januari-Oktober 2017, ia mencatat kenaikan jualan 6% kepada 61,380 unit daripada 57,734 unit pada tempoh sama 2016.

Dalam kenyataan hari ini, Proton berkata, kereta model Saga dan Persona menjadi pilihan utama dan terus menguasai aliran itu, serta menyumbang 70% kepada jualan kereta keseluruhan, dengan 26,343 unit Saga dan 16,833 unit Persona terjual.

“Persona selepas pelancarannya menyaksikan peningkatan 57.5% setakat ini dengan 16,833 unit telah dijual berbanding 10,687 unit pada tempoh sama tahun lepas.

“Evolusi ke atas Persona generasi baharu itu menarik perhatian peminat Proton memandangkan kereta itu tidak hanya ditampilkan serba baharu, malah ruang simpanan barang berkapasiti 510 liter menjadikan ia pilihan popular dalam kalangan pelbagai pelanggan,” menurut Proton.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments