Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bekas ketua polis calon sesuai untuk Prasarana, kata Najib

 | November 20, 2017

Khalid Abu Bakar layak berdasarkan pengalamannya dalam pasukan polis, kata PM.

DEWAN RAKYAT

najib-razak-khalid-abu-bakar-prasaranaKUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar memiliki kewibawaan, pengalaman dan kemampuan untuk menggalas tugas sebagai pengerusi bukan eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, kata Datuk Seri Najib Razak.

Dalam jawapan di Dewan Rakyat, Najib berkata pelantikan Khalid itu selepas pengalamannya mengetuai pasukan polis.

“Kemampuan beliau sebagai pemimpin terbukti sepanjang perkhidmatan beliau dalam Polis DiRaja Malaysia yang beliau ceburi sejak 1976.

“Pengalaman luas dan mendalam Khalid dalam bidang keselamatan dan sekuriti akan dapat memantapkan lagi aspek keselamatan dan sekuriti dalam perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan Prasarana,” katanya dalam satu jawapan bertulis kepada Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja).

Siti Mariah mahu perdana menteri menjelaskan kelayakan dan pengalaman Khalid dalam bidang pengangkutan awam.

Khalid yang bersara pada 4 September dilantik sebagai pengerusi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu pada hari berikutnya.

Prasarana merupakan syarikat pengendali dan pemilik aset pengangkutan awam terbesar Malaysia yang turut meliputi perkhidmatan bas di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuantan serta perkhidmatan MRT, LRT dan monorel.

Najib turut mengumumkan pelantikan Khalid sebagai Duta Khas meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan, fahaman pelampau dan pemerdagangan manusia.

Khalid menggantikan Tan Sri Ismail Adam yang tamat tempoh pada 31 Ogos lepas.

Bekas KPN Khalid kini pengerusi Prasarana


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments