Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Majoriti kanak-kanak Malaysia bimbang dibuli, kata tinjauan PBB

 | November 20, 2017

Hampir 7 dalam 10 di Malaysia bimbang dengan insiden buli berbanding dengan hanya 3 dalam 10 di Jepun.

buliKUALA LUMPUR: Hampir 7 daripada setiap 10 kanak-kanak di Malaysia bimbang mengenai perbuatan membuli, menurut tinjauan global baharu yang dikeluarkan oleh Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) bersempena Hari Kanak-kanak Sedunia hari ini.

Di Jepun, perbandingannya ialah hanya 3 daripada setiap 10 kanak-kanak berasa bimbang dan di United Kingdom, hampir 4 daripada setiap 10 kanak-kanak.

Unicef dalam satu kenyataan berkata kanak-kanak di Malaysian juga sangat bimbang mengenai isu-isu global yang lain seperti keganasan terhadap kanak-kanak (64%) dan keganasan (60%) sementara isu utama untuk pemimpin dunia membetri tumpuan ialah pendidikan untuk golongan miskin (17%), kemiskinan dan keganasan (15%).

Tinjauan perbandingan itu melibatkan 11,000 kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara 9 dan 18 tahun di 14 negara dari semua rantau di seluruh dunia termasuk Malaysia, Brazil, Mesir, Amerika Syarikat dan India.

“Tinjauan Unicef secara global mengulang dapatan dari tinjauan pendapat Children4Change yang dijalankan di Malaysia dari segi kebimbangan dan keutamaan kanak-kanak,” kata kenyataan itu.

Unicef melahirkan harapan bahawa Hari Kanak-kanak Sedunia akan memberi inspirasi kepada kerajaan, perniagaan dan komuniti di seluruh dunia untuk kanak-kanak menyuarakan perkara-perkara penting serta mengambil kira pendapat mereka dalam proses membuat keputusan yang melibatkan mereka.

Kira-kira 30 kanak-kanak dari pelbagai latar belakang akan menerajui media tempatan dengan mengendalikan pelbagai program hari ini untuk membolehkan suara mereka didengar sempena Hari Kanak-kanak Sedunia.

Ditubuhkan secara rasmi pada 20 Nov, 1989, Hari Kanak-kanak Sedunia menandakan hari Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu menerima pakai Deklarasi Hak Kanak-kanak pada 1959 dan Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak pada 1989.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments