Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mat Sabu: Tak perlu cari alasan, PH akan penuhi tuntutan JPPM

 | November 20, 2017

Mat Sabu mempersoalkan mengapa masalah dalam permohonan yang dibuat Julai lalu hanya diberitahu hari ini.

mat-sabu1KUALA LUMPUR: Presiden Amanah Mohamad Sabu meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) jangan mencari alasan untuk tidak meluluskan permohonan mendaftarkan gabungan parti pembangkang.

Mohamad mempersoalkan mengapa masalah dalam permohonan yang dibuat 24 Julai lalu hanya diberitahu kepada mereka hari ini, dalam pertemuan antara para presiden PKR, PPBM dan Amanah, pengerusi DAP, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah JPPM Surayati Ibrahim di KDN Putrajaya hari ini.

“Kita selalu tanya apa masalah dan kenapa beritahu hari ini. Sedangkan pegawai kita berhubung selalu.

“Misalnya dulu tak ada nama Pakatan dalam logo PH. Kita letak nama Pakatan. Ini datang alasan baru. Jangan cari alasan untuk tidak meluluskan. Apa-apa tuntutan kita akan penuhi,” katanya kepada FMT ketika ditemui di majlis memperingati mendiang ahli politik DAP Lau Dak Kee di ibu pejabat DAP malam tadi.

mat-sabu

Mat Sabu berucap di majlis memperingati mendiang tokoh DAP Lau Dak Kee.

Dalam pertemuan siang tadi, JPPM menjelaskan penangguhan dalam pendaftaran gabungan itu kerana masalah berkenaan PPBM, yang gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan sejak pendaftaran diluluskan, dan DAP, yang belum menyerahkan laporan pemilihan baharu Jawatankuasa Eksekutif Pusat yang diadakan 12 November lalu.

Amanah, PKR, PPBM dan DAP merancang untuk bergabung secara rasmi sebagai Pakatan Harapan dan menyertai pilihan raya umum akan datang bawah satu simbol.

Jumaat lalu, Surayati berkata masih belum ada sebarang perkembangan terkini mengenai status pendaftaran PH.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments