Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Siti Kasim beri amaran, Jamil sedia disaman

 | November 20, 2017

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau sedia terima saman berhubung kenyataan semalam mengatakan Siti Kasim membuat kenyataan menentang Islam.

jamil-siti-kasimPETALING JAYA: Aktivis lantang Siti Zabedah Kasim memberi amaran kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas komen menteri itu mengaitkannya kepada mereka yang membuat kenyataan menentang Islam.

Hari ini juga, merujuk kepada amaran Siti Kasim, Jamil berkata beliau sedia menerima saman Siti Kasim atas kenyataan “berbaur fitnah” yang dikeluarkannya semalam.

“Tak mengapa, dia nak saman saya terima sahaja,” kata Jamil, mengulas pendek semasa ditemui pemberita di luar majlis Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-34 di TH Hotel, Bayan Lepas.

Semalam, Jamil yang menjawab soalan oleh seorang peserta pada “Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0” semalam, berkata Siti sedang disiasat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), menurut laporan Bernama.

“Kertas siasatan telah dibuka dan pihak berkenaan telah dipanggil,” katanya semalam pada majlis itu.

Menulis di laman Facebook miliknya, Siti hari ini berkata Jamil patut segera “berhenti” daripada mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ke atasnya.

“Menteri itu boleh yakin yang beliau akan menerima surat daripada saya tidak lama lagi,” kata Siti.

Pada Julai lepas, Siti dituduh menghalang pegawai Jawi menyerbu satu acara transgender tahun lepas.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments