Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Air Asia digesa buat cara syarikat penerbangan tambang murah

 | November 21, 2017

Air Asia digesa lebih memikirkan pelanggan berpendapatan rendah dan bukannnya hanya tahu mengenakan caj tersembunyi.

DEWAN RAKYAT

bung-air-asia

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengkritik syarikat penerbangan Air Asia yang digesa beroperasi sebagai sebuah syarikat penerbangan tambah murah seperti yang diuar-uarkan.

Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata Air Asia perlu lebih memikirkan pelanggannya berpendapatan rendah dan bukannya hanya tahu mengenakan caj tersembunyi.

“Saya berbicara dalam konteks di Sabah seperti di Sandakan, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Air Asia lambat 10 minit, dia tolak penumpang dan suruh beli tiket baru.

“Ini berlaku di depan mata saya, banyak orang kampung menangis kerana tidak ada duit hendak beli tiket baru,” katanya di perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan untuk Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, Air Asia harus belajar daripada syarikat penerbangan di Eropah yang menjaga kebajikan penumpang dan lebih banyak melakukan program tanggungjawab jawab sosial korporat (CSR).

“Saya tidak tahu macam mana dia boleh dapat anugerah penerbangan terbaik di dunia setiap tahun berturut-turut.

“Kalau saya yang beri penarafan, saya tidak akan beri markah langsung, sebab saya tidak nampak dia berkelayakan,” katanya.

Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) bersetuju dengan Bung kerana beliau juga tidak melihat Air Asia membantu orang berpendapatan rendah.

“Air Asia ini tidak ada CSR ke? Bukan senang untuk orang yang susah mendapatkan tiket. Kinabatangan sudah perjuangkan isu ini sudah lama, tetapi langsung tidak didengari,” katanya.

Sementara itu, Bung turut menyasarkan Malaysia Airlines Berhad yang mengendalikan MASwings kerana mengehadkan masa penerbangan Kota Kinabalu-Sandakan.

“Penerbangan yang ada hanya waktu jam 8.00 pagi dan 5.00 petang. Waktu ini terlalu panjang. Dulu ada penerbangan pada waktu tengah hari, sekarang ini tidak ada. Saya tidak tahu dimanakah akal Malaysia Airlines.

“Saya minta jadual penerbangan ini dijadualkan bukan mengikut sedap hati dia, tetapi keselesaan penumpang. Saya minta kerajaan panggil Malaysia Airlines di Kota Kinabalu dan berbincang macam mana hendak strukturkan semula penerbangan ini,” katanya.

Datuk Dr Marcus Majigoh (BN-Putatan) turut berkongsi pengalaman terpaksa tidur di lapangan terbang akibat kekurangan pesawat yang beroperasi di laluan Kota Kinabalu-Sandakan.

“Saya terpaksa tidur di Sandakan, terpaksa beli tiket baru. Penerbangan juga selalu lambat, apa masalahnya? Adakah pesawat kurang baik? Jadi saya amat setuju apa yang dikatakan, perlu adanya tambahan pesawat,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments