Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kami gesa beku projek mewah 28 tahun lalu, kata CAP

 | November 21, 2017

Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang menyambut baik keputusan kerajaan membekukan pembinaan hartanah mewah berkata, nasihat mereka tidak diendahkan selama ini.

SM-Mohamed-IdrisPETALING JAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengkritik kerajaan kerana hanya memperakui masalah perumahan di negara ini yang diketengahkan mereka sejak 28 tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, ia adalah langkah baik kerajaan akhirnya membekukan pembangunan hartanah mewah bermula 1 November lalu akibat bekalan berlebihan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengesahkan Kabinet mengarahkan pembekuan permit untuk projek membina pusat beli-belah, bangunan komersial dan kondominium berharga RM1 juta ke atas.

“CAP memberi amaran mengenai senario ini 28 tahun lalu dalam buku ‘Perumahan untuk Rakyat’. Bagaimanapun, perkara itu tidak diendahkan sehingga sekarang,” katanya sambil menambah beliau berulang kali menekankan masalah itu.

“Masalah utama perumahan ialah sumber pembangunan negara tidak disalurkan untuk keperluan perumahan rakyat, tetapi ke arah pasaran yang boleh membayarnya.”

Mohamed Idris juga kesal dengan masalah memenuhi pembangunan hartanah untuk pasaran mewah semakin meluas.

“Masalah seperti itu semakin berleluasa di seluruh negara, membawa kepada lebihan hartanah mahal tidak digunakan yang tidak mampu dimiliki sebahagian besar populasi Malaysia.

“Contohnya, istilah ‘perumahan mampu milik’ sangat mengelirukan kerana ia boleh berharga sehingga RM400,000 seunit.”

Beliau berkata, situasi di Pulau Pinang mungkin lebih baik kerana kerajaan negeri mengurangkan had kepada RM300,000 di pulau dan RM200,000 untuk Seberang Perai, “tetapi itupun tidak mampu dimiliki kebanyakan orang”.

“Kita perlu mengambil kira kecacatan dasar perumahan yang serius ini membawa kepada lebihan hartanah tidak terjual dan menyebabkan pemaju, bank serta negara berdepan krisis kewangan.”

Beliau kemudian menyeru kerajaan memfokuskan pembinaan rumah untuk orang miskin, sama ada pangsapuri kos rendah atau sewa beli.

“Sia-sia membina ‘perumahan mampu milik’ yang mahal berharga ratusan ribu ringgit kerana selepas membayar bank, nilai unit hartanah itu akan meningkat hampir 2 kali ganda.”

 

Kabinet arah beku pembinaan hartanah lebih RM1 juta


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments