Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kerajaan bertindak jika RON95, diesel lepasi RM2.50 selama 3 bulan

 | November 21, 2017

Kementerian Kewangan berkata, langkah yang bakal diambil tidak akan membebankan rakyat, selain memastikan kadar inflasi terkawal dalam jangka sederhana serta panjang.

petrol_naik_600

KUALA LUMPUR: Kerajaan berjanji akan bertindak jika harga petrol RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter selama 3 bulan berturut-turut.

Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan mengenal pasti “tindakan sewajarnya” untuk mengurangkan kesan kenaikan harga bahan api, jika harga runcit RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama 3 bulan.

Katanya, langkah itu tidak akan membebankan rakyat, selain memastikan kadar inflasi terkawal dalam jangka sederhana serta panjang.

RON95 kini dijual pada harga RM2.38 seliter, selepas kenaikan 7 sen daripada minggu lepas. Harga diesel naik 5 sen kepada RM2.25 seliter.

“Kerajaan prihatin dan memahami kesan kenaikan harga minyak mentah global yang kini melebihi AS$60 (RM250) setong.

“Pada masa ini, kerajaan sudah melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi produk petroleum mengikut trend kenaikan atau penurunan harga minyak mentah dunia.

“Langkah ini berjaya mengurangkan ketirisan dan memastikan pemberian subsidi bersasar,” kata kementerian itu.

Kerajaan kini menetapkan harga runcit minyak setiap minggu menggunakan mekanisme penetapan harga automatik.

“Mekanisme penetapan adalah secara mingguan dengan purata perubahan kos produk petroleum minggu sebelumnya akan menentukan harga bagi minggu berikutnya.

“Sekiranya harga minyak mentah dunia naik, harga runcit produk petroleum juga akan naik, sebaliknya harga runcit akan berkurangan jika harga minyak mentah dunia turun.

“Bagaimanapun, kerajaan masih memberi subsidi kepada sektor pengangkutan awam dan nelayan, di samping gas memasak.”

Minyak mentah Brent kini berada pada paras AS$62.31 (RM258.37) setong.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments