Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PPBM masih baru, JPPM setuju bantu, kata Muhyiddin

 | November 21, 2017

JPPM menerima penjelasan berhubung isu mesyuarat agung tahunan parti dan bersetuju untuk membantu parti itu.

VIDEO INSIDE

Muhyiddin-Yassin-bendera-ppbmPUTRAJAYA: PPBM memerlukan tunjuk ajar dan nasihat Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) berhubung isu sekitar mengadakan mesyuarat agung tahunan memandangkan parti itu masih baru, kata Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, pertemuannya dengan Ketua Pengarah JPPM Surayati Ibrahim hari ini berjaya mencapai kata putus, iaitu parti diberi masa untuk kemuka saranan bagi menyelesaikan isu kegagalan mengadakan mesyuarat agung tahunan parti peringkat pusat dan bahagian yang belum diadakan sejak pendaftaran diluluskan.

“Kita telah ambil kesempatan untuk jelaskan status parti kita sejak awal penubuhan hingga fasa sekarang. Saya kemukakan bahawa kita masih dalam peringkat penubuhan, badan tubuh PPBM belum lengkap kerana proses masih berjalan.

“Disebabkan itu kita minta ‘understanding’ JPPM dan pada hari ini dalam keadaan yang sama kita akan patuhi segala arahan terutamanya dari segi perlembagaan parti dan undang-undang daftar pertubuhan,” katanya kepada pemberita di JPPM hari ini.

Beliau berkata semua pihak berkenaan dalam mesyuarat itu mengambil kesempatan menjelaskan keadaan dan akhirnya JPPM bersetuju untuk membantu PBBM menyelesaikan isu berbangkit.

“JPPM bersetuju beri ruang PPBM usulkan cadangan yang sesuai tentang cara mana dan bagaimana kita nak adakan perhimpunan agung dalam situasi di mana keadaan kita masih dalam peringkat pembentukan bahagian dan sayap.

“Terima kasih kerana JPPM nampaknya telah beri peluang untuk kita menjelaskan situasi dalam PPBM,” kata Muhyiddin.

Tambahnya lagi, PPBM akan mengusulkan cadangan kepada JPPM dalam minggu ini.

“Beliau (Surayati) bersetuju beri masa sedikit supaya cadangan ini kita akan kemukakan kepada beliau dan kita akan duduk bersama untuk meneliti keadaan yang dianggap sesuai dilaksanakan.

“Kita akan hantar surat tentang macam mana bentuk cadangan kita akan kemukakan, terutamanya tentang soal bagaimana nak urus mesyuarat agung dalam keadaan kita baru tertubuh.

“Bahagian belum selesai sampai tempoh setahun apatah lagi cawangan belum terbentuk, tapi dalam perlembagaan kita fasal tertentu nyatakan kita perlu laksanakan mesyuarat agung,” kata Muhyiddin lagi.

Muhyiddin sementara itu meminta ahli PPBM bertenang kerana beliau percaya masalah itu akan dapat diselesaikan.

“Ini perkara positif amat menggalakkan. Tidak ada masalah. Suasana baik dan kita puas hati,” katanya.

Muhyiddin juga yakin, hasil pertemuan pimpinan PPBM dengan JPMM hari ini tidak akan mengakibatkan parti itu gagal menggunakan logo mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kita harap tak sampai ke tahap itu. Pertemuan tadi nampak ada persefahaman.

“Status (parti) kita masih kekal, hanya nak laksanakan peruntukan dalam perlembagaan. Kita baru dan kita nak minta panduan. JPMM faham situasi kita,” katanya lagi.

Pertemuan kira-kira 1 jam 30 minit itu turut dihadiri Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung PPBM Datuk Shaharuddin Md Salleh.

Setakat November 2017, PPBM telah berjaya menubuhkan 136 bahagian di seluruh negara

Suriyati pada Jumaat berkata PPBM yang didaftarkan sebagai sebuah parti politik pada September tahun lalu, telah melanggar perlembagaannya sendiri dan Akta Pertubuhan kerana gagal mengadakan mesyuarat agung setahun selepas penubuhannya.

PPBM katanya perlu menyelesaikan perkara itu secepat mungkin sekiranya ingin mengambil bahagian dalam pilihan raya umum akan datang.

Isu PPBM dan JPPM bermula selepas 8 bahagian parti itu di Johor mengadu kepada pihak berkuasa berkenaan bahawa kepimpinan parti itu gagal mematuhi perlembagaan parti kerana gagal mengadakan mesyuarat agung di peringkat bahagian dan cawangan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments