Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

28,000 dibantu keluar dari kemiskinan pada separuh tahun pertama 2017

 | November 22, 2017

Kejayaan itu hasil program pembasmian kemiskinan oleh agensi kerajaan negeri dan persekutuan, kata menteri.

Radin-Malleh_rakyat_miskin_600

KOTA KINABALU: Hampir 30,000 orang berjaya dibantu keluar dari kemiskinan pada separuh tahun pertama 2017, kata menteri kepada Dewan Undangan Negeri hari ini.

Menjawab pertanyaan Abdul Muis Picho (Umno-Sebatik), Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Radin Malleh berkata seramai 28,642 orang berjaya keluar dari kemiskinan hasil usaha berterusan pelbagai program basmi kemiskinan.

“Pelbagai program pembasmian kemiskinan telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan seperti KO-Nelayan, Korporasi Pembangunan Desa, Lembaga Kemajuan Tanah Sabah, Yayasan Usaha Maju, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Sabah dan agensi lain,” katanya.

“Usaha ini turut mendapat penglibatan daripada pertubuhan bukan kerajaan, sektor swasta, institusi malah kepimpinan tempatan.”

Bulan lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata kemiskinan di semua negeri menunjukkan penurunan, tetapi paling ketara di Sabah di mana kadar kemiskinan turun daripada 4% pada 2014 kepada 2.9% pada 2016.

“Kejayaan ini mencerminkan kesungguhan dan usaha gigih oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dan kerajaan persekutuan.

“Kekuatan hubungan rapat kedua-dua kerajaan memberikan hasil positif untuk rakyat Sabah.”

Bagaimanapun, seorang ahli ekonomi pada September berkata kadar kemiskinan beberapa kumpulan di Malaysia sama dengan beberapa bahagian di Afrika dan Asia Selatan, meskipun kadar kemiskinan rasmi adalah 0.6%.

Dalam laporan The Edge, pengasas dan pengarah urusan DM Analytics, Muhammed Abdul Khalid, berkata kemiskinan dalam kalangan Orang Asli berada pada 33%, 20% dalam kalangan Bumiputera Sabah dan 7% dalam kalangan Bumiputera Sarawak.

Kadar kemiskinan golongan tua juga mengatasi angka nasional, manakala jumlah kanak-kanak terbantut bawah usia 5 tahun berada pada 20.7%, menurut laporan Voluntary National Review oleh Unit Perancang Ekonomi.

Ketua ahli ekonomi DM Analytics itu berkata ia lebih tinggi berbanding beberapa negara Afrika, dan mengejutkan kerana kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments