Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Baling bom petrol: Jemaah surau lega bom tak meletup

 | November 22, 2017

AJK surau berkata kecederaan atau kematian boleh berlaku jika botol arak mengandungi minyak tanah dan kain bersumbu tersebut meletup.

bom-petrol-surauuPETALING JAYA: Jemaah sebuah surau di Damansara Damai lega kerana bom petrol yang dicampak ke surau mereka tidak meletup.

Ahli jawatankuasa surau yang tidak mahu dinamakan itu berkata, beliau memanggil jemaah lain untuk membantu memadamkan kebakaran akibat nyalaan bom buatan itu.

“Kami bernasib baik kerana botol arak mengandungi minyak tanah dan kain bersumbu yang diubahsuai menjadi bom petrol tidak meletup,” katanya lapor Berita Harian.

“Bayangkan kalau betul-betul letupan terjadi mungkin akan mengakibatkan kecederaan atau kematian.”

Katanya, berdasarkan maklumat saksi, terdapat kelibat 2 lelaki yang dipercayai berada di luar kawasan surau semasa kejadian.

Sebelum ini dilaporkan polis menahan 2 suspek yang disyaki terlibat membaling bom petrol tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata pihaknya membuat tangkapan kira-kira jam 3.00 pagi tadi.

“Dua suspek telahpun ditahan malam tadi jam 3.00 pagi, dan akan direman selama 7 hari bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan,” katanya.

2 lelaki ditahan ekoran kejadian bom petrol dibaling ke surau


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments