Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

BN boikot sidang DUN Kelantan akan datang

 | November 22, 2017

12 Adun BN sepakat memboikot sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan akan datang sebagai tanda protes terhadap pengusiran ketua pembangkang.

Md-Alwi-sidang-dunKOTA BHARU: Dua belas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) sepakat untuk memboikot persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan datang sebagai tanda protes terhadap pengusiran ketua pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah.

Setiausaha BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad, yang mewakili 12 ADUN BN itu, berkata keputusan itu dicapai berikutan tindakan Speaker DUN Datuk Abdullah Ya’kub mengusir Nozula, yang juga Adun Paloh, semasa persidangan dewan hari ini.

“Walaupun Nozula masih belum pulih sepenuhnya dari serangan angin ahmar, (namun) beliau tetap gagahkan diri hadir ke dewan demi menyampaikan suara rakyat yang diwakilinya dan tindakan Speaker untuk tidak bertolak ansur dan mempertimbangkan keadaan kesihatannya serta bertegas mengusir beliau dari dewan tidak boleh diterima,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Md Alwi berkata persidangan DUN dan sesi perbahasan merupakan satu-satunya pentas dan ruang kepada Adun untuk menyampaikan pandangan dan meluahkan sebarang isu termasuk keluhan daripada rakyat yang diwakili mereka.

Beliau berkata sikap tidak demokratik yang diamalkan menggambarkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS sangat takut untuk menghadapi keluhan dan suara rakyat secara berdepan.

“Yang Berhormat Paloh hanya ingin menyampai keluhan rakyat Gua Musang terhadap kebimbangan mereka apabila bukit ditarah, balak ditebang dan Hutan Simpan Kekal diteroka sehingga 200,000 hektar.

“Beliau juga ingin menyampaikan kebimbangan penduduk Orang Asli di Gua Musang terhadap cadangan pembinaan Empangan Nenggiri yang disebut oleh Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) dalam ucapan belanjawan pada hari pertama persidangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar kenyataan Timbalan Speaker, Abdul Latiff Abdul Rahman yang mengatakan Nozula hanya melakukan “lakonan air mata” dan kenyataan tersebut dilihatnya sangat biadab.

Nozula diarah keluar dewan oleh Speaker berikutan keengganannya duduk setelah diarahkan tidak mengganggu penggulungan oleh Exco Kerajaan Negeri.

Persidangan DUN Kelantan yang bermula Isnin lepas berakhir hari ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments