Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Isu kapit kereta: ‘Penguatkuasa hanya jalankan tugas’

 | November 22, 2017

Datuk bandar berkata penguatkuasa yang mengapit kereta seorang wanita yang membawa ibu berkerusi roda harus menghubungi orang atasan mereka jika berdepan situasi sukar.

maimunah_clamp2GEORGE TOWN: Datuk Bandar Pulau Pinang memuji 2 penguatkuasa yang mengapit kereta seorang wanita yang membawa ibu berkerusi roda, kerana mereka menjalankan tugas dengan tekun dan jujur tetapi kemahiran komunikasi harus ditingkatkan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang Datuk Maimunah Mohd Sharif berkata penguatkuasa terlibat sepatutnya menenangkan wanita itu dan menjelaskan bahawa meletakkan kenderaan di parkir Orang Kurang Upaya (OKU) tanpa pelekat atau kad OKU adalah satu kesalahan.

“Penguatkuasa menjalankan tugas seperti biasa, mereka nampak kereta tanpa kad atau pas OKU diletakkan di lot untuk orang OKU, jadi mereka kapit kereta itu.

“Saya sudah bertemu 2 penguatkuasa itu dan saya beritahu mereka sekiranya kamu berdepan situasi seperti itu di masa depan, kamu perlu tegas tetapi sopan. Sebagai penjawat awam, kita mesti sentiasa tenang. Mereka perlu tenangkan orang itu dan jelaskan bahawa mereka sudah melakukan kesalahan dan jangan respon pada provokasi.

“Saya juga beritahu mereka mesti hubungi orang atasan mereka jika berdepan situasi seperti itu, kerana kita tidak mahu apa yang berlaku berulang lagi,” kata Maimunah pada pemberita selepas megunjung tapak pembinaan di Bukit Kukus, Paya Terubong hari ini.

Pada Isnin, seorang wanita dan ibu yang berkerusi roda meletakkan kenderaan di “lot biru” yang dikhususkan sebagai parkir OKU.

Video beliau dan orang lain bertelagah dengan penguatkuasa yang mengapit keretanya menjadi tular.

Penguatkuasa tidak berganjak apabila diminta melepaskan mereka, dan bertegas denda RM50 harus dibayar. Seorang kawan kepada wanita itu, seorang kakitangan bank, terpaksa membayar denda untuk membuka kapit.

Pemandu akui tidak memiliki kad OKU. Beliau berkata terlalu sibuk menguruskan ibunya hingga tiada masa untuk memohon kad.

Beliau menyangka tidak melakukan sebarang kesalahan kerana parkir OKU bertujuan membantu orang kurang upaya seperti ibunya.

Maimunah bertemu wanita itu semalam dan memberi jaminan saman parkir akan dibatalkan dan permohonan pas OKU dipercepatkan, asalkan beliau menyediakan kad OKU.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments