Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kalau negeri DAP pun dibantu, inikan pula Sabah, Sarawak, kata Nazri

 | November 22, 2017

Nazri berkata beliau tiada sebab untuk menganiayai Sabah dan Sarawak yang ditadbir oleh Barisan Nasional.

DEWAN RAKYAT

nazri-sarawak

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyangkal dakwaan kononnya beliau mengabaikan Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri itu merupakan “permata” eko pelancongan di Malaysia.

Malah, beliau membantu semua negeri termasuk yang dipimpin DAP, PKR dan PAS, maka tidak mungkin beliau akan mengabaikan negeri yang ditadbir BN.

“Tanyalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, saya abaikan dia ke? Ada ke saya abaikan Selangor dan Kelantan? Kalau negeri-negeri yang dipimpin DAP, PKR dan PAS saya boleh tolong, inikan pula ‘adik’ saya iaitu Sabah dan Sarawak, lagilah saya tolong,” katanya.

“Silaplah kalau fikirkan begitu,” tambahnya. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 untuk Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata Sabah dan Sarawak merupakan destinasi pelancongan yang bernilai tinggi kerana pelancong lebih tertarik kepada kemurnian alam di kedua-dua negeri itu.

“Mula-mula saya jadi menteri saya katakan ia permata kepada eko pelancongan. Ia menarik minat orang Eropah, China, Jepun dan lain-lain. Mereka suka laut dan gunung-ganang. Di Semenanjung, disebabkan terlalu pesat, banyak tempat eko pelancongan berkurangan.”

Beliau berkata kehadiran pelancong ke Sabah dan Sarawak, serta Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan adalah baik untuk Malaysia, kementerian dan namanya.

“Semua itu adalah Malaysia. Kalau jutaan pelancong pergi ke Selangor, bermakna ramai ke Malaysia. Jadi nama saya akan jadi terkenal. Oleh itu kenapa saya hendak aniaya negeri-negeri ini?” katanya.

Sebelum itu, beliau menyentuh mengenai isu pengagihan cukai pelancongan. Pada 14 November lepas, Nazri berkata dilaporkan berkata Putrajaya tidak dapat memulangkan 30% kutipan cukai itu kepada Sarawak kerana kadar itu melebihi sumbangan cukai negeri berkenaan.

Pada 11 Ogos lalu, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menuntut pembahagian adil tidak kurang 30% daripada kutipan cukai berkenaan kepada negeri itu.

Katanya, RM1 daripada RM10 kutipan cukai itu akan dibahagikan kepada semua negeri, termasuk Sarawak untuk galakan pembangunan dan promosi pelancongan. “Baki RM9 akan dibahagikan mengikut keperluan bagi menjalankan promosi dan kegiatan khusus.”

Cukai pelancongan mula dilaksanakan 1 September lalu dengan pelancong asing dikenakan caj RM10 setiap bilik bagi 1 malam.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments