Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Saya 1,200, mereka 8,000, kata Dr Mahathir mengenai tangkapan ISA

 | November 22, 2017

Dr Mahathir mempersoalkan mengapa ada pihak menyerang beliau sedangkan 3 PM sebelumnya lebih banyak melakukan tangkapan ISA.

mahathir-isaPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau merupakan bekas perdana menteri yang paling cermat dalam menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berbanding 3 perdana menteri sebelumnya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata selama 22 tahun menjadi perdana menteri, beliau hanya menangkap seramai 1,200 orang, berbanding di zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

“Di zaman Tunku Abdul Rahman, beliau jadi perdana menteri selama 13 tahun lebih 2,000 orang ditangkap guna ISA. Tun Abdul Razak jadi perdana menteri selama 6 tahun, juga 2,000 lebih orang ditangkap guna ISA.

“Tun Hussein Onn jadi perdana menteri 5 tahun, 4,000 orang ditangkap. Tetapi saya hairan tidak ada siapa marah pada mereka,” katanya menjawab soalan dalam sesi khas bersama anak muda di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, malam tadi.

Dr Mahathir mempersoalkan mengapa Tunku, Tun Razak dan Tun Hussein tidak menjadi sasaran.

“Bahkan mereka lebih bengis daripada saya,” tambahya.

ISA sering dikaitkan dengan Operasi Lalang yang dijalankan di bawah pentadbiran Dr Mahathir pada Oktober 1987, di mana 106 orang termasuk aktivis masyarakat, pemimpin NGO, ahli politik pembangkang, intelektual dan aktivis pelajar ditahan tanpa perbicaraan.

Dr Mahathir berkata penangkapan ISA ketika pentadbirannya mempunyai alasan yang kuat berbanding penangkapan masa kini di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau Sosma.

“Berbeza dengan zaman ketika saya guna ISA sebab mereka boleh gugat keharmonian negara. Itu sebab mereka ditangkap,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments