Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Seorang tahanan Uighur ditahan di Kedah

 | November 22, 2017

Tahanan itu berumur lingkungan 30-an tersebut melalui kawasan Bukit Tangga dengan berjalan kaki.

Asri-Yusoff_polis_thailand_600

ALOR SETAR: Polis Kedah mengesahkan seorang daripada etnik Uighur yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Imigresen Sadao, Thailand ditahan di kawasan Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam petang semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff ketika mengesahkan tangkapan itu berkata tahanan terbabit ditahan sepasukan tentera yang berada di pos kawalan berhampiran kawasan itu pada 4.00 petang selepas ditemui orang awam dan kemudian menyerahkannya kepada anggota keselamatan itu.

“Tahanan berumur lingkungan 30-an tersebut melalui kawasan Bukit Tangga dengan berjalan kaki,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan semua pengetua sekolah menengah di negeri itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hari ini.

Asri berkata pihak berkuasa Thailand telah dimaklumkan tentang tangkapan itu dan kini tahanan berkenaan ditahan di lokap Balai Polis Jitra.

Beliau berkata polis di negeri ini akan mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi membantu pihak berkuasa Thailand mengesan saki-baki tahanan berkenaan selain mengambil langkah mengedar poster gambar tahanan yang melepaskan diri itu di semua agensi kawalan dan keselamatan di sempadan.

Dalam kejadian pukul 2.00 pagi (waktu tempatan) semalam, 20 etnik Uighur Islam dari China yang menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal mereka melarikan diri dari pusat tahanan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan dilaporkan berkata 5 daripada tahanan terbabit telah ditahan semula manakala bakinya dipercayai merentasi sempadan untuk memasuki negara ini.

Pada masa ini, kira-kira 200 etnik Uighur sedang ditahan di pusat-pusat imigresen Thailand bagi menunggu dihantar pulang selepas Beijing mendesak mereka dihantar pulang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments