Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Uber Malaysia berhubung dengan pihak berkuasa selepas kebocoran data

 | November 22, 2017

Uber Malaysia menjangka perbincangan dengan pihak berkuasa dan kawal selia tentang kebocoran itu yang disembunyikan selama setahun.

uber-hack-haha

KUALA LUMPUR: Uber Malaysia sedang memaklumkan pihak berkuasa dan kawal selia tentang kebocoran data yang disembunyikan selama setahun, yang mendedahkan malumat peribadi 57 juta penumpang dan pemandu.

Menurut Reuters, Uber dikatakan membayar penggodam AS$100,000 untuk memusnahkan data itu dan tidak memberitahu penumpang dan pemandu yang dalam risiko.

Jurucakap Uber berkata syarikat menjangka perbincangan dengan pihak berkuasa dan kawal selia tentang perkara itu.

“Sehingga kami selesaikan proses itu, kami tidak boleh memberikan butiran lanjut.”

Maklumat yang dicuri termasuk nama, alamat e-mel dan nombor telefon bimbit penumpang, serta nama dan maklumat lesen kira-kira 600,000 pemandu, kata Uber.

Kebocoran data itu mula dilaporkan oleh Bloomberg pada Selasa.

Reuters berkata penggodam sebelum ini mencuri maklumat mengenai pemandu Uber, dan syarikat mengesahkan pada 2014 yang kakitangan mereka menggunakan perisian “God View” untuk menjejaki penumpang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments